web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berpolitik Ketika Bencana, Hadi Awang Terima Kecaman 

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 7:00AM

Abdul Hadi Awang - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali lagi menjadi sasaran netizen susulan obesesinya terhadap pembentukan kerajaan perpaduan walaupun banjir besar sedang melanda kampung halaman Ahli Parlimen Marang itu di  Terengganu.

Banjir hujung tahun tersebut yang menenggelamkan sebahagian besar Terengganu dan Kelantan telah mengorbankan sekurang-kurangnya lima mangsa manakala lebih 70,000 lagi dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Di Parlimennya sendiri iaitu Marang, 232 mangsa dipindahkan di empat PPS setakat jam 5.30 petang kelmarin, dan setakat ini terdapat dua lagi pusat pemindahan yang masih aktif.

Bagaimanapun, Abdul Hadi ada berkongsi foto memaparkan beliau turun padang meninjau beberapa kawasan yang terjejas akibat banjir sejak beberapa hari lalu dan mengagihkan bantuan.

Meskipun begitu, ia tidak cukup untuk memuaskan hati netizen yang berang dengan kenyataan pedas dibuat terhadap kerajaan perpaduan, khususnya ke atas DAP tatkala bencana besar sedang melanda.

Dalam kenyataan terbaharunya, Abdul Hadi memfokuskan ‘serangan kepada menggesa rakyat menolak pemimpin yang berbohong untuk memperoleh kuasa, menuduh Pakatan Harapan (PH) berbohong dalam membentuk kerajaan pada 2018 dan terbaharu, selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Beliau berkata, sikap terdesak PH untuk memperoleh kuasa jelas terbukti apabila sanggup bekerjasama dengan pemimpin yang tiada moral dan korup, merujuk kepada beberapa pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Abdul Hadi menuduh PH menyebarkan fitnah dan memutarbelit fakta bagi mendapatkan sokongan Melayu, termasuk dengan mendakwa parti pimpinannya menyebarkan Islamofobia dan melabelkan usaha PAS untuk menyelamatkan masyarakat sebagai rasis.

“Isu perkauman (rasis) mula dibangkitkan terhadap orang Melayu Islam, apabila dinyatakan perlunya ada kekuatan politik, pendidikan dan ekonomi orang Melayu, di samping Bumiputera bukan Islam yang ditindas sejak zaman penjajah lagi,” katanya.

Abdul Hadi juga mendakwa, dakyah Islamofobia terhadap golongan bukan Islam antara penyumbang kepada kemenangan PH pada pilihan raya lalu.

Susulan kenyataan pedas tersebut, ramai netizen ‘menghentam’ Presiden PAS itu di Twitter dan menyifatkan beliau tidak sensitif, di saat keutamaan seharusnya diberikan kepada usaha membantu mangsa banjir.

Seorang pengguna @iqmalhisham berkata, pemimpin parti tersebut seharusnya berhenti daripada berpolitik dan meneruskannya ketika musim pilihan raya. 

“Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dah pergi ke Kelantan dan (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad ) Zahid (Hamidi) ke Terengganu berkaitan banjir. Nak cakap terima kasih atas peruntukan segera RM100 juta kepada negeri PN (Perikatan Nasional) pun tak ada,” ciapnya.

Seorang lagi pengguna @iam_ein menyatakan kekeliruannya terhadap pemimpin Muslim yang terus menerus bercakap soal politik sekalipun negara berhadapan bencana besar.

“Juga, saya ambil maklum dalam sidang Parlimen yang pihak pembangkang menyokong keabsahan kerajaan perpaduan. Tak bolehkah fokus bekerja kepada rakyat?” ciapnya.

Sementara itu, @xjazli pula berkata, masyarakat ketika ini lebih bimbang akan isu dan maklumat mengenai banjir daripada membaca kenyataan berbaur politik.

“Saya gelar anda bodoh atas kapasiti orang politik, bukan ulama. Ya, anda bodoh dan tidak relevan,” ciapnya.

Seorang lagi, @anbas5155 menciap,

“Ini sajalah kemahiran pak lebai PAS. Caci, maki, hina, fitnah pihak lain. Tak pandai fikir settle (selesaikan) masalah, satu kerja pun tak reti urus. Yang tahu pun goyang kaki sambil sauk gaji buta saja,” katanya.

@pishabrown pula menciap “Orang tengah sibuk banjir la. Apa lagi dok (asyik) meratib tak sudah-sudah. Apa yang PN kemaruk sangat nak berkuasa ni sampai rakyat sendiri musibah pun sempat lagi nak tweet (ciap) tolak itu ini. Macam tak ada akal,” katanya.

Sementara itu, menjawab secara khusus tuduhan Abdul Hadi bahawa PH adalah pembohong, beberapa netizen mengingatkannya bahawa beliau telah mengeluarkan kenyataan sama yang mengelirukan apabila mendakwa PN telah mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu selepas pemilihan bulan lepas.

Ia merujuk kepada kenyataannya kepada akhbar ketika ditemui pada hari sejurus selepas keputusan pengundian, di mana beliau berkata: "Kami mempunyai bilangan yang cukup, lebih daripada cukup." - Getaran, 23 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Kenyataan  Abdul Hadi Dianggap Hina Raja-Raja Melayu

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keadaan Abdul Hadi Stabil, Akan Keluar IJN Dalam Masa Terdekat - Anak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Calon BN, Hadi Awang Kekal Ahli Parlimen Marang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 17 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad