web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akui Tak Fikir Soal Mekap, Lisa Surihani Sibukkan Diri Belajar Ilmu Agama

Bahkan, Lisa mengakui dia kini lebih cenderung mengacara dalam program yang boleh meraih ilmu keagamaan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 8:00PM

Lisa Surihani - Gambar dari Instagram Lisa Surihani

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sering dilihat tampil cantik tanpa solekan tebal di wajah, pelakon dan pengacara, Datin Lisa Surihani selalu mencuri perhatian warganet yang sejuk hati melihat penampilan sederhana selebriti itu.

Lisa pernah menjadi bahan bualan dan sebutan warganet yang menyenaraikannya sebagai selebriti cantik tanpa riasan wajah selain Amyra Rosli dan Diana Danielle.

Bagaimanapun, p elakon itu sempat tercengang dan mengakui tidak pernah terfikir tindakan kecilnya untuk tidak mengenakan solekan akan menjadi perhatian orang ramai.

“Saya sebenarnya malas nak fikir sangat tentang solekan apabila keluar, kadangkala rasa tak suka pun nak pakai. 

“Kalau ada komen warganet yang cakap suka tengok saya tanpa mekap, saya tidak berapa nak pasti berkenaan hal itu.

“Saya pula tak terlalu terperinci nak fikir tentang isu guna atau tidak guna mekap semua ini,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media program 'Next To Neelofa' baru-baru ini.

Lisa Surihani kini lebih cenderung mengacara program keagamaan. - Gambar Instagram Lisa Surihani
Lisa Surihani kini lebih cenderung mengacara program keagamaan. - Gambar Instagram Lisa Surihani

Ramai yang merindu kehadiran Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 2014 di kaca televisyen. Namun, Lisa mengakui hatinya  lebih cenderung kepada lapangan pengacaraan memandangkan bidang lakonan memerlukan komitmen dan masa yang banyak.

“Saya lebih cenderung mengacara dalam program yang boleh meraih ilmu keagamaan. Saya ingat lagi waktu dapat mengacarakan Astro Oasis, saya bersyukur sangat.

“Saya juga suka mengacarakan program seperti Tanya Doktor di mana kita bertanyakan soalan yang mewakili masyarakat serta meminta penerangan doktor dari aspek perubatan. 

“Kalau ditanya apa lagi program yang saya nak kendalikan, saya suka untuk belajar pelbagai cabang ilmu agama dan duduk dengan para asatizah,” katanya. 

Sikap suka menuntut ilmu seorang yang bernama Lisa Surihani ini ternyata datang daripada arwah bapanya, Mohamed Mahbob yang selalu mengingatkan anak perempuannya itu untuk selalu bertanya soalan.

“Di akhir hayat kita, biarlah kita anggap diri kita tidak cukup tahu. Ini kerana luasnya ilmu pengetahuan itu sangat besar di melebihi apa yang kita bayangkan. 

“Arwah ayah juga pernah berpesan untuk selalu mencari ilmu. Dia kata jangan malu untuk tanya benda yang kita rasa mungkin semua orang dah tahu jawapannya. Jika kita tak pasti, tanya. Biarkan orang lain perlekehkan soalan kita. Jika kita yang mau belajar, kita tanya. Sebab itu di dalam halaqah, saya memang rajin bertanya kepada ustazah,” ceritanya. 

Lisa Surihani bakal tampil menjadi tetamu dalam program 'Next to Neelofa' musim terbaru. Ia bakal bersiaran bermula 22 Oktober jam 10 malam di Astro Ria.- Getaran, 14 Oktober 2022 

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 bulan yang lalu

24,761 Calon UPKK 2025 Dapat 9A

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Perlu Ada Kesungguhan Menimba Ilmu, Suburkan Budaya Ilmu Dan Wacana - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Harmoni Bincang Usaha Tingkat Kefahaman Pelbagai Agama

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sedia Beri Kerjasama, Guan Eng Yakin Tidak Bersalah

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 14 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN