web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Allah Zahirkan Kamu Dalam Hidup Ummi Dan Abah Begitu Sempurna” - Neelofa Akhirnya Kongsi Wajah Bilal 

Selepas wajah anak kesayangannya telah ditularkan orang awam, akhirnya Neelofa berkongsi wajah Bilal buat pertama kali di akaun media sosialnya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 10:53AM

Neelofa akhirnya berkongsi wajah anak sulungnya Bilal. - Gambar Media Sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti dan usahawan terkenal Noor Neelofa akhirnya telah berkongsi wajah anaknya iaitu Muhammad Bilal di akaun media sosialnya.

Neelofa telah memuatnaik puluhan foto dan video Bilal sejak dari awal dilahirkan sehingga sekarang yang dikumpulkan dan disunting menjadi sebuah video.

“Cinta dan sayang pada anakku Bilal. Antara kecintaan tertinggi dan teragung ummi di dalam hidup ini.

“Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi disakiti, pasti semua ibu kasih dan cintakan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil.

“Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna. Jika kekayaan yang nak dibandingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah.Jika keselesaan yang ditaruhkan Tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu.

“Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku.

Syukur yang tiada penghujung padaMu ya Allah. Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam

“Terima kasih wahai Allah yang menzahirkan anak ini kepada kami. Semoga Afiyyah sentiasa untuknnya. Semoga fakih dia dalam agama. Semoga doanya adalah seperti disebut nabi :ولد صالح يدعو له. Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya,” tulisnya panjang lebar di bahagian kapsyen. 

Bahagian komen hantaran berkenaan telah dihujani oleh puluhan ribu komendari netizen serta rakan selebriti yang memuji kecomelan wajah Bilal. 

Nama Neelofa dan Bilal turut menjadi ‘trending’ di Twitter susulan pendedahan eksklusif wajah Bilal buat pertama kali ini.

Semoga netizen semua lega dan puas dengan pendedahan ini dan semoga Bilal membesar menjadi anak yang soleh, bijak,  beriman serta taat kepada ibu bapa. – Getaran, 13 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Nilofa Group Mohon Maaf Selepas Buat Promosi Berbaur Lucah

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Berpurdah Dan Berbadan Dua Bukan Penghalang Buat Neelofa Disunting Menjadi Model Jenama Mewah Antarabangsa

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Jangan Salah Tafsir Mesej Saya - Neelofa

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu