web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perginya Subarma Pada 1 Ramadan

Al-Fatihah kami ucapkan kepada keluarga bekas penyampai radio Era FM dan Suria FM, Subarma Mohtaruddin. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2021 3:05PM

Gambar: Tangkapan layar video Facebook DJ Lin (Suria Cinta) Suria FM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bekas penyampai radio Era FM dan Suria FM, Subarma Mohtaruddin dilaporkan telah menghembuskan nafas yang terakhir selepas azan Zohor di Hospital Serdang hari ini. 

Menurut isterinya, Aishah Saironi, Subi baru sahaja menjalani pembedahan buang usus pada petang semalam. Namun, badan bekas penyampai radio itu tidak boleh menerima semua ubat antibiotik yang diberikan kepadanya.

Sebelum ini Subarma Mohtaruddin atau lebih dikenali sebagai Subi dilaporkan mengalami masalah hilang pendengaran sejak 2017. 

Bukan itu sahaja, Subi juga mengalami masalah keseimbangan badan menyebabkan beliau pernah terhantuk di bucu meja. Apa yang lebih menyedihkan, doktor juga tidak dapat mengenal pasti punca bagaimana ia terjadi.

Subi juga pernah terlibat dalam kemalangan menyebabkannya menjadi semakin pelupa. Beliau juga tidak boleh berjalan dengan normal seperti sebelum ini.

Sikap Subi yang peramah dan ceria membuatkan dia umpama bapa kepada ramai  penyampai radio baru. Pihak Suria FM pernah mengumpul sumbangan dan menyerahkannya kepada arwah bagi meringankan beban mereka sekeluarga. 

Terdahulu, Subi menamatkan kontrak perkhidmatan dengan Suria FM pada penghujung 2017 dan mengendalikan radio Internet dan sistem karaoke sendiri. 

Takziah kami ucapkan kepada keluarga arwah. Semoga roh Subarma Mohtaruddin ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin. - Getaran, 13 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 jam yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi medan mengimbau kenangan dan nostalgia bua...