web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penyanyi ‘Gangsta’s Paradise’, Coolio Meninggal Dunia Pada Usia 59 Tahun

Awal tahun ini, lagu Gangsta’s Paradise telah berjaya mencapai tontonan 1 bilion di platform YouTube.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 1:44PM

Coolio juga turut mencuba bakat dalam bidang lakonan dan telah muncul dalam pelbagai filem dan siri televisyen. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi rap legenda, Coolio, telah dilaporkan meninggal dunia pada usia 59 tahun di rumah rakan yang juga pengurus lamanya, Jarez Posey.

Posey telah mengesahkan perkara itu kepada beberapa pihak media. Namun,  punca dan sebab kematiannya masih tidak diketahui. Popular dengan single ‘Gangsta’s Paradise’ (1995), lagu itu telah berjaya mengangkat Coolio sebagai pemenang Persembahan Rap Solo Terbaik dalam Anugerah Grammy.

Bahkan, lagu itu juga turut menjadi lagu runut bunyi untuk filem terkenal, Dangeous Minds lakonan Michelle Pfeiffer yang mana ia juga adalah sample daripada lagu ‘Pastime Paradise’ yang dipopularkan Stevie Wonder pada 1976.

Sepanjang kerjayanya sebagai penyanyi rakaman, Coollio turut dicalonkan dalam lima anugerah Grammy.

Kerjaya nyanyiannya bermula sewaktu dia menghasilkan album pertamanya, It Takes a Thief di bawah label Tommy Boy Records pada 1994.

Lagu trak pertamanya, ‘Fantastic Voyage’ telah berjaya tersenarai di tangga ketiga dalam carta Billboard Hot 100.

Setahun selepas itu, ‘Gangsta’s Paradise’ menjadi single nombor satu. Pembukaan lagu ini disifatkan berhantu: 

 “As I walk through the valley of the shadow of death/ I take a look at my life and realize there’s nothin’ left/ ’cause I’ve been blastin’ and laughin’ so long that/ even my mama thinks that my mind is gone.”

Sebuah lagi lagunya yang benar-benar popular adalah ‘C U When You Get There’ (1997) yang menampilkan 40 Thevz. Lagu tersebut tercetus berdasarkan, ‘Canon in D Major’ ciptaan Johann Pachelbel.

 Awal tahun ini, lagu ini telah mencecah tontonan sebanyak 1 bilion di platform YouTube.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua kerana telah memberikan kasih sayang dan berada bersama saya selama bertahun-tahun.

“Saya harap saya telah membawa anda melalui beberapa masa yang baik dan beberapa masa yang buruk,” katanya dalam sebuah video sebaik sahaja Gangsta’s Paradise mencecah tontonan 1 bilion.

Dilahirkan di Monessen, Pennsylvania, Coolio kemudian berpindah ke Compton, California dan mendaftar di kolej komuniti. Dia pernah bekerja sebagai sukarelawan bomba dan pengawal keselamatan lapangan terbang sebelum bertukar kerjaya sebagai penyanyi hip hop sepenuh masa.

Coolio juga turut mencuba bakat dalam bidang lakonan dan telah muncul dalam pelbagai filem dan siri televisyen. - Getaran, 29 September 2022

 
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 11 jam yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 1 hari yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

Khadam, kini secara rasmi dinobatkan sebagai filem tempatan nombor satu di Malaysia.

oleh Rahayu MN