web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amir Masdi Dilamar Peminat, Masih Belum Sedia Jadi Suami 

Amir tidak menyifatkan lamaran itu sebagai kelakar, sebaliknya menghormati perasaan peminat yang menyimpan harapan istimewa terhadap dirinya. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2022 8:00PM

Ramai rakan sebayanya telah berkahwin, namun Amir tidak berasa tertekan sebaliknya mahu memberi fokus kepada karier nyanyiannya. - Gambar Instagram Amir Masdi

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Amir Masdi mendedahkan pernah menerima lamaran perkahwinan daripada peminat menerusi saluran mesej di Instagram rasmi miliknya. 

Namun menurut Amir, perkahwinan adalah fasa yang penting dan penyanyi itu mengakui belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami.

Amir Masdi masih belum bersedia untuk bergelar suami. - Gambar fail
Amir Masdi masih belum bersedia untuk bergelar suami. - Gambar fail

“Sejujurnya ramai peminat yang direct message (DM) bertanyakan, soal status diri saya. Ada juga yang ajak kahwin. Tapi saya tak buka mesej itu. Sekadar ‘scroll’ ke bawah dan nampak perkataan ‘kahwin’. 

“Saya faham zaman media sosial sekarang membuatkan peminat mudah untuk berhubung dengan artis kesukaan mereka. Saya tak rasa lamaran itu kelakar sebab saya menghormati perasaan peminat.

“Namun sekarang, saya belum di fasa mencari apalagi mempunyai calon untuk diajak berkahwin,” katanya ketika ditemui Getaran di program Malaysia Boleh Bersama Milo baru-baru ini. 

Walaupun dikelilingi rakan-rakan artis yang sudah berkahwin pada usia muda, namun pelantun lagu 'Sepi Sekuntum Mawar Merah' itu tidak berasa tertekan sebaliknya mahu memberi fokus kepada karier nyanyiannya.

“Sekarang belum saatnya untuk saya berkahwin atau settle down. Melihat kawan-kawan artis yang saya rapat sudah berkahwin, mula-mula rasa terkejut. Itulah, mungkin sebab mereka sudah bersedia dan saya turut berbangga dengan mereka.

“Tapi untuk saya sendiri, saya belum bersedia memikul tanggungjawab itu. Kalau suruh kahwin sekarang memang saya takut. 

“Tunggulah nanti sehingga saya bersedia dan pasangan saya pun bersedia. Insya-Allah bila semua bersedia, kita dapat kurangkan masalah dalam rumah tangga,” tambahnya.

Amir Masdi - Gambar dari Instagram Amir Masdi
Amir Masdi - Gambar dari Instagram Amir Masdi

Dalam perkembangan lain, Amir sedang giat menulis lagu untuk album terbarunya yang dijangka terbit pada tahun hadapan.

Melihat kepada keserasian suara bersama-sama ratu rock Ella, Amir tidak menolak rezeki sekiranya diberi peluang untuk menyanyikan sebuah lagu duet bersama penyanyi legenda itu. 

“Saya masih menulis lagu dan mengumpul material untuk album yang dijangka tahun depan. Memang impian saya nak buat album dan konsert. Nak pilih lagu bukan benda mudah, kena tengok pasaran, kehendak peminat dan industri serta minat. Jika tidak, lagu itu tidak akan hidup. 

“Sejujurnya kalau ada peluang nak berduet dengan Ella saya memang nak. Dia legenda dan ratu rock. Siapa yang tidak mahu,” katanya menutup temu ramah. - Getaran, 21 September 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Minat Punya Pasal Ada Peminat Tiru Nama Wardina, Anak

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Zii Jia Harap Isu Antara Peminat Dan Media Selesai Secara Baik

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Tidak Puas Hati Tiket Sold Out Kerana Individu Tak Bertanggung Jawab – Peminat Coldplay Rayu Penganjur Lanjutkan Hari Kedua Konsert 

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 17 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN