web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Miming' Di Pentas AIM23, Janna Nick Mohon Maaf Kerana Dianggap ‘Memalukan’ Majlis Anugerah Itu

Persembahan Janna di pentas anugerah itu dilihat terlalu sempurna sehingga netizen mengesyaki bahawa dia sebenarnya ‘miming’ sewaktu membuat persembahan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2022 4:01PM

Janna Nick - Gambar Instagram Ary Muzamer

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf di Instagram selepas dikatakan memalukan Anugerah Industri Muzik ke 23 (AIM23) itu kerana membuat persembahan secara ‘miming’. 

Pada malam anugerah itu, Janna yang turut membawa pulang anugerah Muzik Video Terbaik menerusi lagu 'Gatal' telah membuat persembahan dengan lagu yang sama.

Namun, persembahan Janna dilihat terlalu sempurna sehingga netizen meneka bahawa dia sebenarnya  ‘miming’ dan bukannya menyanyi secara langsung.

“Saya minta maaf kerana di anggap memalukan AIM23 kerana ‘miming di pentas anugerah berprestij #AIM23 .’’

“Peluang untuk menyanyi di pentas besar sebaris dengan penyanyi-penyanyi hebat tanah air adalah satu impian yang memang dah lama saya impikan.

“Ketika pertama kali ditawarkan, saya sangat berbesar hati. Akan tetapi sejak saya dijangkiti influenza dua minggu lalu, kesihatan saya amat terganggu. 

“Saya meneruskan penggambaran drama ‘Melastik Ke Hatimu 2’, kerja di Jakarta dan memenuhi undangan di Singapura walaupun telah dinasihati doktor untuk berehat.

“Tanpa saya sedar pilihan saya memakan diri,” tulisnya dalam hantaran yang dimuatnaiknya di akaun Instagram. 

Dalam satu komen balasnya terhadap rakan artis iaitu Hafreez Adam, Janna meluahkan rasa sedih kerana orang di luar sana tidak tahu apa yang telah dilaluinya.

“Sedih macam ni Hafreez. Mereka tidak tahu sekuat mana aku telah mencuba. Aku ambil steroid. Aku makan ubat tidur seharian dengan harapan aku boleh menyanyi ‘live’,” tulisnya. 

Sementara itu, kelihatan ramai netizen serta rakan artis mendoakan kesihatannya agar segera kembali pulih dan meminta supaya dia kuatkan semangat. 

Tahniah diucapkan kepada Janna di atas kejayaan merangkul anugerah Muzik Video Terbaik. Semoga anugerah ini menjadi pembakar semangat untuk Janna hasilkan lagu dan muzik video yang lebih menarik dan berkualiti. - Getaran, 12 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Tewas 0 - 4, Malaysia Jadi 'Mangsa' Netizen India

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bil Elektrik Tak Masuk Akal, TNB, Apa Sudah Jadi? — Netizen

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 9 minit yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...