web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cinta Kami Bertandang Tanpa Diduga - Sharifah Amani Dedah Detik Percintaan Dengan Suami Bermula

Mula mengenali sejak tiga tahun lalu, Sharifah Amani akui tertawan dengan kebijaksanaan Ahmed Faris.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2022 2:13PM

Sharifah Amani Syed Zainal Rashid telah selamat diijabkabulkan dengan Ahmed Faris Amir pagi tadi - Gambar Zaidi Mohamad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Sharifah Amani Syed Zainal Rashid, 36, yang baru sahaja selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya, Ahmed Faris Amir, 34, mengakui bahawa percintannya di antara mereka sebenarnya datang tanpa diduga. 

Berkongsi detik perkenalan, pasangan ini mula bertemu tiga tahun lalu ketika Sharifah Amani memikul tugas sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah organisasi diketuai Ahmed Faris.

“Bagaimanapun, tiga tahun lalu, kami bekerja atas paksi profesional. Belum ada rasa cinta. Dipendekkan cerita, selepas COVID-19, masing-masing solo. Cinta bertandang tanpa diduga hingga akhirnya kami diizinkan bertemu jodoh,” katanya.

Mengenai peribadi suami, Sharifah Amani tertawan dengan kebijaksanaan Ahmed Faris.

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang
Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang

“Suami tangkas dalam setiap gerak-geri. Dia pandai dan bijak mengambil hati saya. Malah, pada masa sama, suami sering buat saya tergelak dan mudah terhibur. Apa yang buat kami serasi, dia adalah antara kawan lepak yang ‘sempoi’ dan terbaik,” katanya.

Mengenai bulan madu pula, pasangan ini belum merancang dan ditanya soal zuriat, Sharifah Amani dan suami tidak menolak rezeki andai dikurniakan cahaya mata pengikat kasih.

“Kami hendak selesaikan proses berpindah rumah selepas berkahwin. Kemudian, baik saya mahu pun suami, masing-masing sibuk dengan komitmen kerja.

“Mungkin apabila selesai kerja dan suami dapat cuti, kami boleh fikir perancangan spontan menghabiskan masa berdua. Kalau okey pun, mungkin akhir tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Ahmed Faris cukup menyenangi peribadi dan karakter isterinya dan menyifatkan Amani seorang yang baik hati, pemurah dan penyayang. 

Pasangan ini mula bertemu tiga tahun lalu atas paksi profesional
Pasangan ini mula bertemu tiga tahun lalu atas paksi profesional

Pasangan ini telah dinikahkan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara merangkap Penolong Pendaftar Nikah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Mohd Rahimi P Ramlee berwalikan bapa pengantin perempuan, Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin.

Hanya dengan sekali lafaz, Sharifah Amani, sah bergelar isteri kepada Ahmad Faris yang juga seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada majlis tertutup di sebuah premis acara di Kuala Lumpur kira-kira jam 10 pagi tadi.

Pada majlis pernikahan berkonsep rona putih yang dihadiri 200 tetamu itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga. 

Antara rakan yang hadir pada majlis pernikahan Amani adalah Vanidah Imran, Bront Palarae, Iedil Dzuhrie Alaudin, Nadia Aqilah, Nadiya Nisaa, Sherry Alhadad dan Sangeeta Krishnasamy.

Sharifah Amani mengikat tali pertunangan bersama Ahmed Faris Jun lalu
Sharifah Amani mengikat tali pertunangan bersama Ahmed Faris Jun lalu

Malam ini, Ahmed Faris dan Sharifah Amani diraikan pada majlis resepsi di lokasi sama.

Jun lalu, Sharifah Amani yang meraih trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-19 melalui filem Gubra pada 2006, bertunang dengan Ahmed Faris.

Melalui hantaran Instagram (IG), Sharifah Amani berkongsi foto memaparkan cincin di jari manis dan kelibat jejaka di belakang yang dipercayai tunangnya. - Getaran, 10 September 2022

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

10 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

3

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 7 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...