web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tolong Jangan Sebarkan Fitnah, Suami Saya Masih Hidup, Siap Tunjukkan ‘Thumbs Up’ - Isteri M Daud Kilau

Berita bahawa M Daud meninggal dunia sebelum ini tersebar sewaktu beliau sedang kritikal dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2022 12:25PM

Pengurus Datuk Jamal, Kak Min, Datin Rohani Awang Ngah, Datuk M Daud Kilau dan Syed Wafa - Gambar Syed Yusof Wafa

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Isteri kepada penyanyi dan penghibur legenda Datuk M Daud Kilau meminta segelintir masyarakat supaya henti sebarkan fitnah yang kononnya mengatakan suaminya itu sudah pun meninggal dunia. 

Berita bahawa M Daud meninggal dunia sebelum ini tersebar sewaktu beliau sedang kritikal dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan selepas diserang masalah paru-paru berair pada Rabu lalu. 

Isteri M Daud iaitu Datin Rohani Awang Ngah, 62 berkata, penyebaran berita fitnah itu benar-benar menyedihkan mereka sekeluarga. 

“Dia masih hidup dan kini sudah stabil. Dia siap tunjukkan lagi ‘thumbs up’ lagi memberitahu dia okey. Namun, dia masih lagi lemah dan perlu mendapatkan banyak rehat. 

“Saya harap semua akan doakan kesihatan suami saya supaya dia benar-benar pulih dan sihat seperti sediakala,” katanya. 

Raja Gelek, M Daud Kilau masih hidup dan kini stabil di hospital - Gambar Syed Wafa
Raja Gelek, M Daud Kilau masih hidup dan kini stabil di hospital - Gambar Syed Wafa

M Daud yang terkenal dengan gelaran Raja Gelek telah dimasukan ke Hospital Teluk Intan pada Rabu lalu selepas mengadu sesak nafas. 

Keluarga M Daud juga telah membenarkan doktor untuk melakukan CPR dan memasukkan tube bagi membantu pernafasannya. 

M Daud yang dikenali dengan fesyen yang flamboyan dan penuh kemilau adalah juara Bintang Radio Singapura 1968 menerusi lagu 'Musalman Manis' dan 'Joget Hitam Manis'. 

Kemenangan itu telah memberikan ruang untuknya bergelar penyanyi rakaman sehinggalah menghasilkan banyak EP dan LP yang memuatkan pelbagai genre iaitu langgam, asli, dangdut serta lagu rakyat. 

Antara penyanyi legenda yang berjaya merentasi beberapa dekad kerjaya dan perjalanan muziknya di dalam industri ini, M Daud juga memiliki koleksi lagu-lagu hit yang malar segar. Antaranya 'Sireh Pinang', 'Kau Pergi Tanpa Pesan', 'Cek Mek Molek' dan 'Gila Judi'. – Getaran, 10 September 2022

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

10 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Hospital Lambang Sebenar Perpaduan - Annuar

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sekali Lagi Difitnah Ada Kaitan Dengan Raja Dadah India, Abdul Malik Buat Laporan Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN