web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selagi Orang Nak Tengok Saya Dan Meerqeen… - Anna Jobling

Anna tidak menolak sekiranya ditawarkan untuk bergandingan dengan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020 itu untuk projek yang lain.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 9:00PM

Meerqeen dan Anna Jobling - Gambar Instagram Anna Jobling

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Anna Jobling tidak menafikan gandingan dan popularitinya bersama Meerqeen dapat membantu sedikit rating drama yang dibintangi mereka selepas ini.

Namun begitu, gadis kacukan Melayu-Inggeris itu juga menegaskan ia bukanlah satu-satunya faktor sesuatu drama itu mendapat jumlah tontonan yang tinggi. Ia bergantung juga kepada kehebatan pelakon lain yang turut menjayakan sesuatu naskhah di samping mempunyai rangka promosi yang betul.

“Saya rasa setiap pelakon mempunyai peminat yang akan menyokong lakonan mereka. Ia bukan tentang saya dan Meerqeen sahaja. Tidak boleh dinafikan kehadiran saya dan Meerqeen  mungkin membantu (rating drama) tapi kita tidak boleh nafikan kewujudan pelakon lain.

“Selain itu, hal lain yang boleh ditekankan ialah cara bagaimana sesuatu drama itu dipromosikan,” kata Anna ketika sidang media dalam talian drama 'Ash dan Aish'.

Melihat kegilaan peminat terhadap keserasian Anna dan Meerqeen. Anna tidak menolak sekiranya ditawarkan untuk bergandingan dengan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020 itu untuk projek yang lain.

“Saya rasa selagi penonton nak tengok saya dan Meerqeen dalam satu drama atau filem, saya akan buat. Kami tiada masalah nak buat drama lagi,” jelasnya.

Terbaru, Merqeen dan Anna bakal tampil dalam sebuah drama terbaru iaitu ‘Ash dan Aish’. Walaupun tidak berlakon sebagai hero dan heroin, namun ini adalah kali pertama Anna keluar dari zon selesa dengan membawakan watak antagonis bernama Delila.

“Betul, ini adalah kali pertama saya membawakan watak jahat. Ia tidaklah begitu sukar kerana watak saya bukanlah yang betul-betul jahat.

“Namun, saya banyak ambil rujukan dari watak antagonis dari drama sebelum ini. Saya tiru dan olah sedikit agar ia sesuai dengan cara saya,” katanya lagi.

Drama bersiri 28 episod ‘Ash dan Aish’ ini menceritakan seorang gadis kampung yang membawa diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan baharu selepas dia sering dibuli oleh ibu dan bapa saudaranya yang mahukan harta keluarga selepas Aish kehilangan kedua ibu bapanya dalam sebuah kemalangan. 

Hidup sebatang kara di kota raya, Aish bertemu dengan seorang lelaki misteri bernama Ashrafi (Ash) yang sering membantunya ketika dia memerlukan. Pertemuan demi pertemuan membuatkan Ash mengambil keputusan untuk mengahwini Aish, sungguh pun Aish hanya bergurau apabila dia menawarkan diri untuk menjadi isteri kepada Ash. 

‘Ash & Aish’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam mulai 10 Ogos 2022 secara eksklusif di slot MegaDrama melalui saluran Astro Ria (104). Turut sama menjayakan drama itu ialah Siti Khadijah Halim, Nadhir Nasar dan Arash Mohd. - Getaran, 9 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 12 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN