web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Saya Pun Akan Saman Jika Dia Kritik Filem Saya Penuh Carutan’ - Rosyam Nor

Bagi Rosyam, kritikan kepada sesuatu karya adalah penting namun ia perlu dilakukan dengan penuh berhemah.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 8:00PM

Rosyam Nor - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor tidak bersetuju dengan tindakan mana-mana pihak yang menggunakan bahasa berunsur carutan untuk mengkritik sesuatu filem. 

Menurut Rosyam, kritikan kepada sesuatu karya adalah penting namun ia perlu dilakukan dengan penuh berhemah.

Rosyam mengakui cara hidup kini berbeza. - Gambar oleh Wafa Aula
Rosyam mengakui cara hidup kini berbeza. - Gambar oleh Wafa Aula

“Saya terbuka untuk menerima kritikan. Tapi bergantung juga dengan cara dan bahasa digunakan untuk mengkritik. 

“Kalau saya sekalipun, saya akan saman jika ada pihak yang menggunakan bahasa kasar dan tak masuk akal manusia seperti mencarut untuk mengkritik.

“Tak bolehlah terlalu melebih sangat kau kutuk sebab orang ada perasaan,” kata Rosyam ketika ditemui di majlis sidang media drama Takdir Cinta Dhia baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2008 itu juga akur dengan kehadiran media sosial yang membolehkan pengguna menuliskan apa sahaja yang terlintas dalam fikiran mereka. 

“Hari ini penonton sudah ada platform sendiri. Dia akan tulis apa sahaja dia nak.

“Dulu kalau nak buat aduan kena tulis dekat surat khabar. Itupun belum tentu disiarkan. Cara kehidupan dah berbeza.

“Kita perlukan penonton yang sensitif sebab mereka akan ambil tahu karya kita. Mereka rasai apa yang kita buat dan ada inisiatif untuk menyokong. Cuma janganlah melebih,” tambahnya. 

Terkini, Rosyam menerbitkan drama bersiri 40 episod  bertajuk Takdir Cinta Dhia.

Drama bergenre crime-thriller ini bakal ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang mulai 12 September ini.

Penonton boleh menyaksikannya di saluran Astro Prima (105). Turut sama menjayakan drama ini ialah Shah Jaszle, Aaron Aziz, Elvina Mohamad, Nada Nur Syuhada dan Nazrief Nazri. - Getaran, 1 September 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN