web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mona Allen Yang Hamil Anak Lelaki, Tapi Pekin Ibrahim Yang Alah Makanan 

Pekin juga akui dia dan Mona sudah memilih beberapa nama untuk menyambut kehadiran zuriat pertama mereka itu. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 2:00PM

Pekin Ibrahim dan Mona Allen bakal menimang cahaya mata lelaki. - Gambar Instagram Pekin Ibrahim

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun teruja untuk memegang gelaran sebagai seorang bapa, namun pada waktu yang sama terselit kerisauan di hati pengarah dan pelakon, Pekin Ibrahim apabila dia bakal memasuki fasa baharu di dalam kehidupan peribadinya itu. 

“Memang saya teruja menjadi seorang bapa. Tapi, rasa ‘goyang’ pun ada sebab benda ini adalah benda yang baharu buat saya,” katanya sewaktu dihubungi Getaran. 

Pekin juga memberitahu dia bersyukur apabila diberitahu isterinya, Mona Allen bakal menimang cahaya mata sulung lelaki. 

“Kami mengetahui mengenai jantina bayi kami ini sekitar bulan lima atau enam yang lalu. Saya memang mahu anak lelaki. Mona pula nak anak perempuan. Tapi, tidak kisahlah sama ada lelaki atau perempuan pun. 

“Dan, kami sudah lakukan sedikit persiapan untuk menyambut kehadiran zuriat pertama kami ini. Tapi, persiapan yang kami buat ini biasa-biasa sahaja, ala kadar,” katanya. 

Pekin juga bersyukur kerana sepanjang kehamilan, keadaan Mona agak stabil. 

“Macam mana sebelum mengandung, begitulah keadaan Mona sewaktu hamil. Tapi, saya pula yang alami alahan waktu kehamilan Mona masuk bulan keempat. 

“Tapi, alahan tersebut hanya berlaku selama sebulan sahaja yang mana ia membuatkan saya berada dalam keadaan moody. 

“Ada masa saya punya selera makan dan mahu makan macam-macam, ada masa tidak. Ada masanya pula saya tidak boleh bau pun beberapa jenis makanan,” katanya. 

Gambar dari Instagram Pekin Ibrahim
Gambar dari Instagram Pekin Ibrahim

Bagi menyambut kehadiran zuriat mereka nanti, Pekin memberitahu bahawa dia dan Mona sudah mula menghentikan segala aktiviti dan kegiatan lakonan mereka.

“Kecuali kandungan YouTube kami. Itu memang kami buat hari-hari. Tapi, untuk penggambaran seperti drama, Mona sudah mula ‘berhenti’ selepas raya. Lagipun dia kena jaga kesihatan dirinya.  

“Bukan sebab apa, kalau bekerja, kami kena ‘outstation’. Jadi, buat masa ini, saya ‘berhenti’ dahulu buat seketika untuk memberikan tumpuan pada Mona dan anak kami yang bakal lahir nanti. 

“Lagipun kehamilan sudah memasuki 35 minggu dan lagi tiga hingga empat minggu saja dia (Mona) akan bersalin. 

“Kami juga sudah pilih beberapa nama yang bersesuaian untuk anak kami nanti. Tapi, ia bukanlah nama gabungan kami berdua,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Pekin berkata, dia bakal mengarahkan sebuah filem terbaharu pada bulan Oktober nanti. 

“Tentang genre atau cerita, saya belum lagi buat apa-apa keputusan. Tapi, saya memang ada dua tiga cerita yang ada pada saya ketika ini. Semuanya karya saya,” katanya.

Tentang filem yang diterbitkannya bersama Syafiq Yusof dan diarahkan Nam Ron, Pekin berkata, filem itu bakal ditayangkan pada tahun depan. 

“Kita juga sudah tukar judulnya kepada Tanah Tumpah,” katanya. – Getaran, 16 Ogos 2022 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN