web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Insiden Babitkan Alec Baldwin: Laporan Forensik FBI Dapati Picu Pistol Ditarik

Menurut laporan forensik yang diperoleh ABC News, sekiranya pistol dikunci sepenuhnya, ia tidak boleh melepaskan tembakan "tanpa tarikan picu meskipun komponen dalaman berfungsi dengan elok."

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Aug 2022 4:39PM

Alec Baldwin - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Laporan forensik FBI menyimpulkan bahawa picu pistol yang mengakibatkan insiden maut di set penggambaran filem lakonan Alec Baldwin, “Rust” tahun lepas telah ditarik, lapor United Press International (UPI).

Baldwin, 64, menjadi topik utama tahun lalu apabila pelakon itu pistol prop Colt .45 Colt yang digunakann ketika dalam set pengambaran filem itu telah meragut nyawa ahli sinematografer, Halyna Hutchins.

Pelakon yang memenangi Golden Globe, sebelum ini mendakwa dia tidak menarik picu pistol.

Menurut laporan forensik yang diperoleh ABC News, sekiranya pistol dikunci sepenuhnya, ia tidak boleh melepaskan tembakan "tanpa tarikan picu meskipun komponen dalaman berfungsi dengan elok."

Senjata itu juga tidak akan berfungsi dengan kedudukan in-quarter dan half-cock, menurut laporan itu.

Bagaimanapun, senjata itu boleh berfungsi tanpa menarik picu sekiranya kelongsong diisi peluru dan de-cocked hammer mengetuk secara langsung.

Baldwin memberitahu ABC News dalam satu temu bual pada tahun lepas bahawa "picu pistol itu tidak ditarik."

Kes itu telah diserah kepada Pejabat Syerif Daerah Santa Fe untuk tindakan lanjut, lapor CBS News pada Jumaat.

Detektif dan pejabat sheriff telah menerima laporan forensik FBI pada Selasa lalu.

Detektif dari Jabatan Polis Daerah Suffolk di New York sedang berusaha untuk mendapatkan rekod telefon Baldwin dan rekod itu dijangka diterima dan didedahkan tidak lama lagi, kata penyiasat kepada CBS News.

"Pejabat peguam daerah telah bekerjasama dengan Suffolk County PD, dan peguam Baldwin, untuk memperoleh rekod telefon berkenaan," kata Syerif Daerah Santa Fe, Adan Mendoza dalam satu kenyataan.

"Setelah Suffolk County PD menghantar rekod itu kepada penguatkuasa undang-undang New Mexico, detektif kami perlu menyemak rekod telefon berkenaan dengan teliti untuk tujuan pembuktian," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Lelaki Miliki 44 Rekod Jenayah Ditembak Mati, Disyaki Dalang Geng Samun

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pegawai Kastam Tertembak Diri Sendiri Ketika Mahu Cuba Pistol Rakan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Tembak Di KLIA: 'Sila Serah Diri Secara Aman' - Polis

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 10 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN