web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tragedi Set Penggambaran, Pistol Replika Senjata Utama

Seorang jurusinematografi telah meninggal dunia dan pengarah cedera parah selepas pelakon Alec Baldwin melepaskan tembakan menggunakan pistol dan peluru replika di sebuah set penggambaran.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 12:38PM

Alec Baldwin. Gambar: Angela Weiss, AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat melaporkan bahawa pelakon Amerika Syarikat, Alec Baldwin telah melepaskan tembakan ke arah seorang jurusinematografi dan pengarah dengan menggunakan pistol replika di sebuah set perfileman di New Mexico.

Jurusinematografi, Halyna Hutchins dan pengarah, Joel Souza ditembak di set penggambaran filem Rust, sebuah filem berlatarbelakangkan abad ke-19. 

Hutchins, 42, diterbangkan ke hospital dengan helikopter tetapi meninggal dunia akibat kecederaannya. Souza, 48, pula dibawa ke hospital dengan ambulans dan sedang menerima rawatan. 

Belum ada sebarang pertuduhan dilakukan dan kes ini sedang disiasat. Para saksi juga sedang disoal siasat. 

Seorang wakil daripada syarikat penggambaran itu memberitahu The Hollywood Reporter (THR), ‘kemalangan’ itu melibatkan pistol dan peluru replika.

Wakil sherif Santa Fe memberitahu THR bahawa Souza berada dalam ‘keadaan kritikal.’

Untuk filem Rust, Baldwin membawa watak utama Harland Rust, seorang penjenayah dengan cucu yang dituduh membunuh. Rust bersama cucunya melarikan diri apabila dijatuhkan hukuman gantung untuk kesalahan itu. 

Baldwin juga adalah penerbit bersama filem itu dan ia turut dibintangi Jensen Ackles ('Supernatural') dan Travis Fimmel ('Vikings'). - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Lelaki Miliki 44 Rekod Jenayah Ditembak Mati, Disyaki Dalang Geng Samun

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Tembak Di KLIA: 'Sila Serah Diri Secara Aman' - Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Bersenjata Api Disyaki Penjenayah Maut Ditembak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Miliki 16 Rekod Jenayah Maut Ditembak Polis

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 15 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN