web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aizat Amdan Kahwini Pengurus Hari Ini, Bakal Ke Mexico Bulan Madu

Aizat telah dinikahkan bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel Bersara, Ilias Moideen dengan disaksikan jurunikah, Ustaz Idrus Mohd.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2022 11:13AM

Aizat (kiri) dan isteri Elyssa Alia menyerahkan urusan rezeki cahaya mata kepada Allah.

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Aizat Amdan sah bergelar suami dengan sekali lafaz kepada Elyssa Alia Ilias yang juga pengurusnya pagi tadi.

Pelantun lagu Sampai Ke Hari Tua itu menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantaran tidak didedahkan.

“Saya bersyukur majlis berjalan lancar dan ini fasa baru dalam hidup saya. Selepas ini saya tidak boleh fikirkan hanya tentang diri saya.

“Apa-apa keputusan selepas ini saya nak perlu minta nasihat dia juga,” katanya ketika ditemui di Getaran selepas majlis akad nikah.

Bukan itu sahaja, untuk lokasi berbulan madu, pasangan ini bakal ke lokasi idaman mereka di Tulum, Mexico akhir tahun ini.

“Ia adalah lokasi idaman Elyssa dan saya. Elyssa memang teringin nak buka diving center dan saya teringin nak buka studio tepi pantai,” tambahnya.

Bercakap soal anak, pasangan ini menyerahkan urusan rezeki cahaya mata kepada Allah.

“Kami pun bukan muda lagi. Saya serahkan kepada rezeki. Tapi kami berdua memang inginkan anak dan keluarga,” katanya menutup temu ramah. 

Hari ini, Aizat telah dinikahkan bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel Bersara, Ilias Moideen dengan disaksikan jurunikah, Ustaz Idrus Mohd dalam sebuah majlis sederhana di A-Park, Puchong. - Getaran, 14 Ogos 2022.

Isu Pada

Rizman Ruzaini Membina Empayar

13 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

3

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 8 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...