web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Saya Dulu Sering Dirasuk,’ Raja Azmi Dedah Disihir Angkara Dengki

Raja Azmi tidak menolak bahawa pengalaman peribadi yang dilaluinya suatu ketika dahulu menyebabkan dia bertekad untuk menerbitkan juga filem seram Jerangkung Dalam Almari.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 4:00PM

Raja Azmi tidak menolak pengalaman peribadi yang dilaluinya suatu ketika dahulu menyebabkan dia bertekad untuk menerbitkan juga filem Jerangkung Dalam Almari.

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah lama mengunci mulut mengenai perkara ini daripada pihak media, penyanyi dan penerbit Raja Azmi akhirnya terbuka hati menceritakan kejadian mistik yang dialami ketika namanya meningkat naik di dalam industri hiburan suatu ketika dahulu.

Mengimbau kembali kejadian itu, Raja Azmi ketika ditemui Getaran di majlis sidang media filem Jerangkung Dalam Almari mendedahkan tidak menyedarkan diri dan sering dirasuk ketika memasuki fasa usia 40-an.

“Saya memang tak tahu apa yang saya lakukan. Bila sedar sahaja tengok semua orang sudah berada di sekeliling saya.

“Waktu itu nama saya memang sedang naik sebab banyak projek yang saya usahakan. Saya buat filem dan terlibat dengan animasi Anak-anak Sidek. Saya pula memang agak lantang, bak kata orang, jenis cakap main lepas.

“Saya tak tahu apa sebabnya orang hantar benda itu (sihir) kepada saya. Dalam cerita Jerangkung Dalam Almari, sebab dendam. Dalam kes saya, mungkin sebab dengki.

“Tapi saya tidaklah cakap kepada sesiapa termasuklah pihak media tentang perkara ini. Tapi hari ini sebab sudah ditanya, saya berkongsilah apa yang saya alami,” katanya.

Bukan itu sahaja, Raja Azmi tidak menolak bahawa pengalaman peribadi yang dilaluinya suatu ketika dahulu menyebabkan dia bertekad untuk menerbitkan juga filem seram Jerangkung Dalam Almari walaupun berdepan dengan cabaran kewangan.

“Bila pengarah berikan skrip ini kepada saya, saya jadi terkenang semula kejadian itu kira-kira 20 tahun sudah.

“Waktu itu, saya berumur 40 tahun. Bila skrip sudah menjentik begini, saya mesti usahakan untuk membikin filem ini.

“Carilah duit di mana-mana pun. Koreklah sini dan sana asalkan filem ini ditayangkan. Zaman sekarang kita akan mudah untuk dapat kembali modal kalau setakat kos pembikinan sejuta lebih.

“Cuma saya nak merasa box office dan rezeki itu akan dikongsikan dengan semua yang terlibat,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Raja Azmi menegaskan bahawa filem terbaharunya yang bakal menemui penonton 4 Ogos ini juga lari daripada elemen klise yang dibawakan filem seram tempatan yang lain.

“Apa yang saya lihat, Jerangkung Dalam Almari berbeza dari adegan klise filem seram yang lain seperti bacaan ayat Quran. Ia berbeza dan ada kelainan,” jelasnya.

Turut menampilkan Datuk Adi Putra sebagai pelakon utama, Raja Azmi berharap agar filem terbitannya itu sedikit sebanyak dapat menerima tempias filem Mat Kilau yang berjaya menjadi filem paling laris dalam sejarah industri perfileman negara.

Jerangkung Dalam Almari mengisahkan tentang Fikri dan isterinya yang sering diganggu makhluk halus.

Bagi menyelesaikan kemelut ini, Fikri akhirnya pulang ke rumah keluarga mereka untuk mencari apakah punca yang menyebabkan keluarnya diganggu makhluk yang tidak diingini ini.

Bakal menemui penonton di pawagam bermula 4 Ogos ini, Jerangkung Dalam Almari turut dijayakan barisan pelakon handalan seperti Hasnul Rahmat, Zaidi Omar, Amerul Affendi dan Sophia Albarakbah. - Getaran, 2 Ogos 2022

Sumber foto: Produksi Jerangkung Dalam Almari

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Apa Salahnya Ada Babak Itu? Pelakon Pun Bukan Islam - Raja Azmi

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Niat Anne Abdullah Untuk Sambut Hari Jadi Yang Ke-50 Di Mekah Atau Madinah Tertunai 

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Bajet Pemasaran Kurang, Raja Azmi Terkilan Tak Dapat Promosikan Watak Jerangkung Lakonan Manusia Tertinggi Di Malaysia

4

Podio 3 tahun yang lalu

PenganTARA Episod 10: Kenapa Raja Azmi Macam Tidak Percaya 'Jerangkung Dalam Almari' Capai Kutipan RM1 Juta?

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 3 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN