web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Apa Salahnya Ada Babak Itu? Pelakon Pun Bukan Islam - Raja Azmi

Penonton perlu memahami bahawa filem itu dihasilkan oleh pengarah bukan berbangsa Melayu dan bukan beragama Islam.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2023 12:00PM

Raja Azmi - Gambar fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penerbit Raja Azmi berpendapat babak panas di dalam filem Pulau tidak perlu dihebohkan memandangkan ia mewakili realiti sesetengah masyarakat di Malaysia yang hidup berbilang bangsa.

Bukan itu sahaja, Raja Azmi menyangkal beberapa dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan adegan berani di dalam filem tersebut dilihat seperti terlalu mahu mengikut standard filem barat yang boleh meruntuhkan moral anak-anak muda di Malaysia.

“Apa salahnya ada babak itu dalam filem tersebut? Filem ialah tafsiran kehidupan. Apa yang dipaparkan di filem mencerminkan apa yang terjadi di luar sana. Jika babak itu memaparkan orang berbikini tayang itu dan ini, semua itu memang sudah ada di media sosial.

“Jika nak kata kita meniru budaya barat, kita memang hidup tiru-meniru. Kita pun tiru sunnah nabi. Kalau ada nak tiru budaya Barat yang pendapat saya tak semuanya teruk, terpulanglah. Cuma jangan jadikan filem sebagai alasan seolah-olah ia penyebab anak-anak kita jadi teruk.

“Jika kita nak tapis babak panas itu sekalipun, mereka tetap akan jumpa juga di YouTube atau media sosial. Jangan jadikan filem sebagai alasan sehingga perlu disekat-sekat. Ia tidak relevan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Antara babak panas dalam filiem 'Pulau'. - Tangkap layar YouTube
Antara babak panas dalam filiem 'Pulau'. - Tangkap layar YouTube

Menurutnya lagi, penonton perlu memahami bahawa filem itu dihasilkan oleh pengarah bukan berbangsa Melayu dan bukan beragama Islam. Babak adegan panas itu juga tidak menggunakan khidmat mana-mana pelakon Melayu.

“Filem itu pun dihasilkan oleh orang bukan Islam dan dilakonkan oleh orang bukan Islam. Apa salahnya mereka nak buat begitu? Memang itu cara hidup sesetengah masyarakat di Malaysia,” tambahnya.

Terdahulu, sedutan filem Pulau arahan Euho menjadi tular apabila memaparkan adegan wanita berbikini dan elemen ‘soft porn’ yang memicu kritikan warganet.

Pulau menceritakan tentang sekumpulan pengunjung yang melanggar pantang larang di sebuah pulau terbiar.

Mereka kemudian berhadapan dengan pelbagai kejadian aneh dan mendebarkan sehingga boleh meragut nyawa. - Getaran, 18 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Antara Pulau Perhentian Dan Pulau Redang, Mana Paling 'Best'?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pembangunan Mersing Perlu Kerjasama Kerajaan Johor, Persekutuan - MB

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Penonton Tak Boleh Beza Mana Satu Lakonan - Sean Lee Terkilan Apabila Terpaksa Tolak Tawaran Filem Pulau

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bagai Pulau-Pulau Kecil, 80 Peratus Perumahan Di Segamat Diliputi Air

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN