web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bagai Pulau-Pulau Kecil, 80 Peratus Perumahan Di Segamat Diliputi Air

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 11:30AM

Tinjauan dari udara melalui helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di sekitar Segamat mendapati beberapa kawasan perumahan dan laluan masih lagi terjejas akibat ditenggelami air - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT -  Bagaikan pulau-pulau kecil. Itulah keadaan yang dilihat di sekitar Segamat menerusi tinjauan udara, selepas beberapa kawasan di daerah itu dinaiki air akibat hujan lebat berterusan sejak malam Isnin.

Tinjauan Bernama bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) lewat petang semalam mendapati, air masih meliputi hampir 80 peratus kawasan perumahan di lokasi yang terjejas.

Selain itu, terdapat beberapa laluan ditutup kerana dinaiki air dengan kawasan Kampung Tenang dan Kampung Jawa di Segamat, hanya kelihatan bumbung rumah penduduk.

Malah, air di Empangan Juaseh di Labis juga sudah melimpah ke kawasan perumahan dan Bernama difahamkan ia menjadi ‘petanda’ kepada keadaan banjir kritikal, kerana kawasan itu sudah ditenggelami air.

Setakat ini, tiga mukim yang terjejas teruk ialah di bandar Segamat, Chaah dan Labis, sekali gus menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), demi keselamatan mereka.

Pengarah Bahagian Ope­rasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Datuk Ahmad Izram Osman yang turut serta dalam tinjauan tersebut berkata setakat malam tadi, air masih meliputi 80 peratus kawasan perumahan berkenaan.

Beliau berkata operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir, masih giat dijalankan dengan menggunakan aset jentera dan bot termasuk dron.

“Empat dron digunakan unit udara JBPM bagi operasi menyelamat di Johor, selepas negeri itu dilanda banjir sejak Isnin lepas.

“Penggunaan dron menjangkau kawasan yang lebih jauh dan digunakan untuk memantau lokasi yang sukar diakses, jadi kita boleh merancang strategi proses menyelamat mangsa banjir,” katanya.

Ahmad Izram berkata selain dron, JBPM turut menyediakan sebuah pesawat dalam operasi menyelamat dan turut membantu membawa kertas soalan Sijil Pelajaran Malaysia, baru-baru ini.

Menerusi tinjauan udara itu juga, dapat dilihat kenderaan diparkir di kawasan tinggi selain penduduk menunggu di laluan yang dinaiki air, dengan harapan jalan tersebut dapat dilalui untuk pulang ke rumah masing-masing.

Pemandu lori, Mohd Hairulnizam Abu Bakar, 36, berkata beliau tidak menyangka air Sungai Segamat akan melimpah di laluan utamanya pulang ke rumah, yang menyebabkan dia terpaksa tidur atas motosikalnya berhampiran laluan itu.

“Saya pulang dari kerja pada Rabu jam 4 petang dan laluan Jambatan Lama Segamat sudah ditutup dan saya terpaksa tidur atas motosikal menunggu air surut,” katanya ketika ditemui Bernama di Jambatan Lama Bandar Segamat. 

Mohd Hairulnizam berkata banjir di kawasan Segamat disifatkan terburuk, selepas kawasan itu pernah mengalami situasi sama pada 2006, 2011, 2013 dan 2017.

Setakat petang semalam, dua laluan utama ditutup sehingga petang ini iaitu Jalan Jabi-Bukit Tempurung (Segamat) sejauh 10 kilometer dan Jalan Kampung Tungku Tiga-Felda Pemanis.

Segamat merupakan antara 10 daerah di Johor yang terjejas teruk akibat banjir, melibatkan 3,519 keluarga dipindahkan ke 77 pusat pemindahan sementara setakat 8 pagi tadi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kemalangan Maut 3 Sekeluarga: Pemandu Treler Positif Dadah Hadap 3 Tuduhan Membunuh

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Sukan 14 jam yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

oleh Sophia Ahmad