web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bajet Pemasaran Kurang, Raja Azmi Terkilan Tak Dapat Promosikan Watak Jerangkung Lakonan Manusia Tertinggi Di Malaysia

Pemegang watak jerangkung ini adalah seorang pemuda bernama Azli Abdul Ghafar yang memiliki ketinggian 218.36cm (7 kaki 2 inci), menjadikan dia manusia paling tinggi di Malaysia.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2022 2:16PM

Bukan CGI! Watak jerangkung dalam filem 'Jerangkung Dalam Almari' dilakonkan oleh lelaki paling tinggi di Malaysia - Gambar Akid Productions

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun gembira dengan kutipan filem Jerangkung Dalam Almari yang sudah pun mencecah lebih RM2 juta lebih di seluruh panggung tempatan, namun penerbitnya, Raja Azmi Raja Sulaiman turut berasa sedikit terkilan pada waktu yang sama. 

“Ya, memang saya gembira. Walaupun sebelum ini, saya meletakkan sasaran untuk mendapat kutipan RM7 juta (ia sekadar sasaran), namun selepas 14 hari tayangan, filem ini telah berjaya meraih kutipan lebih RM2 juta lebih. 

“Namun, saya sedikit terkilan kerana bila filem sudah masuk panggung, saya tidak punya bajet sebanyak RM120,000 untuk membuat promosi dan pemasaran filem ini secara menyeluruh. 

“Memang saya ada minta dana, tapi bajet pemasaran itu tidak dapat saya perolehi pada waktu yang diperlukan. 

“Disebabkan itu, promosi dan pemasaran filem ini lebih tertumpu kepada media sosial dan penulisan daripada rakan-rakan wartawan.

“Tapi Alhamdulillah, ia masih okey dan yang penting, filem ini sudah balik modal. Maksudnya, selepas tolak duit panggung, kita masih mampu ‘cover’ balik duit modal filem ini,” katanya kepada Getaran. 

Raja Azmi - Gambar Fail
Raja Azmi - Gambar Fail

Jelas Raja Azmi lagi, andai dia memperolehi bajet pemasaran tersebut, pasti dia akan tumpukan promosi filem Jerangkung Dalam Almari ini di radio serta TV. 

“Saya juga punya hasrat untuk kenalkan pelakon yang menjadi jerangkung di dalam filem ini kerana jerangkungnya bukanlah menggunakan tekni CGI. 

“Sebaliknya, jerangkung ini dilakonkan manusia sebenar. Yang melakonkan watak jerangkung ini adalah seorang pemuda bernama Azli Abdul Ghafar yang juga adalah manusia paling tinggi di Malaysia. 

“Berasal dari Kelantan dan mempunyai ketinggian 218.36cm (7 kaki 2 inci), Azli berasal dari keluarga biasa-biasa dan memiliki lapan adik-beradik. 

Azli bersama pengarah filem 'Jerangkung Dalam Almari', Shadan Hashim
Azli bersama pengarah filem 'Jerangkung Dalam Almari', Shadan Hashim

“Idea untuk menggunakan lelaki yang tinggi sebagai jerangkung di dalam filem ini tercetus apabila saya berhadapan dengan kekangan bajet untuk membuat CGI filem ini. 

“Jadi, saya minta pasukan produksi mencari lelaki tertinggi di Malaysia dan akhirnya kami menemui Azli,” katanya. 

Jelas Raja Azmi lagi, sewaktu menjayakan penggambaran pada tahun 2019, Azli sudah menampakkan tanda-tanda tidak sihat kerana menghidap skoliosis (tulang belakang membengkok). 

“Penyakit ini menyukarkan Azli untuk bergerak. Apa yang saya tahu, sekarang ini, Azli terpaksa gunakan kerusi roda dan kalau berdiri pun menggunakan tongkat. Dia juga bekerja di kedai top up telefon untuk menampung kehidupannya,” katanya. 

Raja Azmi bersama Azli
Raja Azmi bersama Azli

Apa yang mengharukan Raja Azmi adalah, Azli tidak mahu menerima bantuan daripadanya untuk kegunaan kos perubatan. 

“Saya ada call dia beritahu yang saya mahu beri dia duit untuk ringankan kos perubatan dia. Tapi, Azli kata tidak perlu. 

“Katanya, dia dapat watak (jerangkung) itu pun sudah mencukupi. Tersentuh hati saya apabila mendengarnya. Dia bukan saja tinggi orangnya tapi memiliki budi pekerti yg tinggi juga.

“Tapi, saya akan tetap bagi juga sebab sudah pasang niat untuk sedekah pada Azli selepas saya terima duit kutipan tiket filem Jerangkung Dalam Almari nanti,” katanya. 

Azli sedang disolek untuk watak 'Jerangkung'
Azli sedang disolek untuk watak 'Jerangkung'

Diterbitkan Akid Productions dengan kerjasama Northstar Prodigy Pictures, Jerangkung Dalam Almari arahan Shadan Hashim ini dijayakan barisan pelakon yang hebat seperti Datuk Adi Putra, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Amerul Effendi, Zaidi Omar, Fazlina Ahmad Daud dan Anne Abdullah serta menampilkan pelakon baharu Sophia Albarakbah. 

Ia mengisahkan tentang kehidupan Fikri (Datuk Adi Putra) tidak tenteram kerana sering diganggu oleh jelmaan yang muncul dari dalam almari sehingga mengancam nyawa isterinya Shikin (Sophia Albarakbah) dan anaknya (Isaac Iman). 

Berbekalkan ilmu yang dipelajari daripada Pak Hassan (Wan Hanafi Su), Fikri pulang semula ke rumah lama, tetapi terpaksa membuat perhitungan dengan abang Ali (Hasnul Rahmat) yang menyimpan rahsia gelap di sebalik ancaman Jerangkung Dalam Almari. - Getaran, 30 Ogos 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN