web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tahniah, Dr. Amalina Bakri Dah Kahwin!

Pakar bedah kebanggaan rakyat Malaysia ini selamat dinikahkan dengan pasangannya di London minggu lalu.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2021 11:20AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pakar bedah yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, Dr. Amalina Che Bakri, 34, kini sah bergelar isteri kepada pasangan pilihannya, jejaka yang hanya dikenali sebagai Alex.

Menurut hantaran yang dibuat oleh Dr.Amalina menerusi akaun Instagramnya, dia dan pasangan selamat dinikahkan di London Central Mosque pada 31 Mac lalu.

Jelas Dr. Amalina, dia bersyukur kerana akhirnya majlis pernikahannya dapat disempurnakan setelah tiga kali terpaksa ditangguhkan gara-gara perintah berkurung yang dilaksanakan di kota London itu. 

"Alhamdulillah, akad nikah telah selesai diadakan di London Central Mosque pada 31 Mac 2021. Walaupun terpaksa menangguhkan pernikahan kami sebanyak tiga kali kerana perintah berkurung, kami berasa lega kerana berjaya mengadakan majlis ringkas yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat (hanya enam orang tetamu sebagaimana peraturan COVID-19)”

“Jika mengikut perancangan awal, majlis resepsi akan diadakan pada Mac di Malaysia dan di United Kingdom pada Jun tahun ini. Bagaimanapun, kami menangguhkan majlis resepsi sehingga kami dapat memastikan semua orang boleh hadir.

"Kami tidak sabar untuk meraikan hari bahagia kami dengan orang tersayang dan rakan tidak lama lagi," tulis Dr. Amalina kedengaran teruja.

Pada majlis akad nikahnya itu, kedua pasangan tampil sama cantik dan sama padan dalam persalinan ringkas mempesona.

Dr. Amalina anggun mengenakan busana rona putih rekaan Putra Aziz dari Butik Cosry, sementara suaminya pula kacak bergaya dalam sut rona hitam.

Pasangan ini bertunang pada Ogos tahun lalu dan perkara itu juga dikongsikan oleh Dr.Amalina menerusi hantaran media sosial.

Semua gambar: Jurugambar majlis @nickrayphoto

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 jam yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN