Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Isteri Tak Mahu Kehilangan Anak Lagi, Azmi Saat Hormati Keputusan Tak Sedia Miliki Zuriat

Mengenang kehadiran dan pemergian arwah anak, Azmi tampil dengan sebuah lagu terbaru bertajuk ‘Permataku’.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 2:14PM

Azmi Saat baru-baru ini telah melancarkan lagu terkininya, 'Permataku' - Gambar ihsan Indigital Music

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun hanya sekejap, namun penyanyi Azmi Saat merasakan kesempatan yang dipinjamkan Allah untuk mengazankan dan memangku arwah anaknya untuk kali terakhir adalah pengalaman yang sangat bermakna. 

Kelahiran anaknya, Khairul Afnan adalah penantian panjang pasangan itu iaitu selama sepuluh tahun. Sudah semestinya berita kehilangannya pada September tahun lalu juga memberi tamparan hebat buat Azmi dan isterinya, Nazira Muhammad.

“Saya sudah mandi dan azankan dia buat kali terakhir. Balik daripada pengebumian saya ada menangis, namun selepas itu saya kembali tenang. Fokus saya adalah untuk memastikan isteri saya baik-baik saja. 

“Dua bulan saya tak ambil apa-apa persembahan untuk beri tumpuan kepada isteri. Dia masih berpantang pada waktu itu. Saya juga tidak mahu kalau dia sedih tiada sesiapa di sisinya,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media pelancaran lagu ‘Permataku’ baru-baru ini.

Setelah habis berpantang, keadaan isterinya menjadi semakin baik. Azmi mula bekerja seperti biasa dan menghadiri persembahan di slot rancangan ‘Meletop’.

“Selepas tiga bulan, keadaan dia bertambah baik. Sekarang dalam sebulan, dua kali kami akan pergi melawat kubur anak. Jika tidak, nanti kesedihannya akan kembali. 

“Doktor ada juga bertanya sekiranya saya mahu dapatkan rawatan ustaz atau pakar psikologi. Namun, alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja dan dalam keadaan terkawal,” tambah Azmi lagi. 

Bercakap mengenai menambah bilangan anak, Azmi yang juga vokalis Caliph Buskers pernah bertanya kepada isteri untuk mendapatkan rawatan sebagai usaha memiliki zuriat. Namun, isterinya masih belum bersedia untuk mendapatkan apa-apa rawatan sebaliknya menyerahkan segalanya kepada Allah.

Azmi dan isterinya Nazira Muhammad - Gambar Instagram Azmi Saat
Azmi dan isterinya Nazira Muhammad - Gambar Instagram Azmi Saat

“Saya ada suarakan juga kepada isteri untuk tambah bilangan anak. Waktu itu teringat untuk dapatkan apa-apa rawatan. Tapi isteri belum bersedia kerana takut kehilangan sekali lagi. 

“Katanya kalau Tuhan bagi secara semula jadi, dia akan terima. Namun, kalau sampai buat rawatan, dia agak keberatan. Saya hormati keputusan dia. 

“Sekarang kami tidak bercakap lagi soal anak dan lebih kepada melakukan aktiviti yang buat kami gembira seperti melancong,” tambahnya.

Mengenang kehadiran dan pemergian arwah anak, Azmi tampil dengan sebuah lagu terbaharu bertajuk ‘Permataku’ yang diciptakan komposer terkenal tanah air iaitu Ajai dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya.

“Sebenarnya lagu ini sudah ada sebelum anak lahir lagi. Saya dan Ajai merancang untuk merakamkan lagu ini sempena kelahiran Afnan.

“Lirik lagu ini pun bukanlah tentang kehilangan, tetapi lebih kepada bersyukur kerana dapat orang baru,” katanya.

Lagu ‘Permataku’ kini boleh didengari di semua platform digital dan video muziknya boleh ditonton menerusi YouTube Indigital Music. - Getaran, 26 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 10 bulan yang lalu

Big Stage 2023 : COEX Dapat Markah Tercorot, Namun Terselamat Kerana Tiada Penyingkiran, Tok Ram Suruh Berlatih 100 Hari

2

TARA 1 tahun yang lalu

Kita Harus Beri Kemerdekaan Kepada Bakat Seni Untuk Berkarya Dan Cetuskan ‘Signature’ Mereka – Ellie Suriaty 

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Diminta Untuk Jadi Lebih ‘Jantan’ Di Pentas Famili Duo, Shaffiq Erwin Hanya Mahu Jadi Diri Sendiri

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Duit Tak Boleh Beli Bakat', Iqbal Tersingkir!

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar

Selebriti 17 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Muzik 11 minit yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

oleh Wartawan Hiburan Getaran