web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Duit Tak Boleh Beli Bakat', Iqbal Tersingkir!

Dua minggu berturut-turut mempamerkan persembahan yang teruk membuatkan peserta kontroversi iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli menjadi peserta pertama tersingkir dari pentas Big Stage 2022. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2022 8:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas dua minggu berturut-turut mempamerkan persembahan yang tidak mencapai standard seorang penyanyi, akhirnya Ahmad Iqbal Zulkefli menjadi peserta pertama tersingkir dari pentas Big Stage 2022.

Iqbal yang mempersembahkan lagu 'Ketahuan' dari kumpulan Matta mendapat markah tercorot daripada tiga juri utama pada malam itu.

Iqbal
Iqbal

Ajai memberikan 4 markah buat Iqbal, manakala Datuk Sri Siti Nurhaliza 11 markah dan juri jemputan iaitu Aina Abdul pula 10 markah. Jumlah keseluruhan markah yang dikumpul Iqbal pada malam itu adalah 9.20 peratus selepas dicampur markah daripada juri pedas, juri netizen dan undian penonton. 

Sewaktu diminta memberikan komen mengenai persembahan Iqbal, Ajai berkata Iqbal tiada bakat untuk menjadi penyanyi. 

Ajai
Ajai

"Iqbal kamu tidak berbakat dalam nyanyian. Bakat adalah pemberian. Walaupun kamu berduit macam mana pun, bakat tak boleh dibeli dengan duit.  Awak harus menerima kenyataan bahawa awak tidak dilahirkan untuk menjadi penyanyi. Tetapi awak mempunyai rezeki yang lain. 

"Persembahan awak di permulaan dapat  lima markah tetapi di hujung dapat empat sebab tempo berterabur. Dalam nyanyian bukan tiga hari belajar terus pandai, ia mengambil masa. Saya tak suka benda ini dijadikan bahan lawak. Awak perlu jaga maruah awak," kata Ajai dalam komennya. 

Datuk Seri Vida
Datuk Seri Vida

Sementara itu, juri netizen iaitu Datuk Seri Vida turut sependapat dengan Ajai apabila dengan jelas mengatakan bahawa Iqbal tidak layak berada di pentas Big Stage. 

"Sebagai presiden netizen, saya perlu setuju dengan netizen bahawa kita perlu menghormati juri-juri profesional. Kita perlu hidangkan dengan peserta-peserta yang berkualiti. Kita perlu berlaku jujur dan adil kepada peserta yang lain dan juga kepada industri.

"Kita tak mahu benda-benda seperti ini ada dalam industri. Jadi saya selaku presiden netizen mengatakan kamu (Iqbal) tak layak berada dalam Big Stage," katanya sewaktu memberikan komen. 

Pada malam konsert minggu kedua itu, peserta dari Sabah iaitu Elica Paujin meraih markah tertinggi daripada kesemua juri selepas memberikan persembahan bertenaga menerusi lagu 'Impikan' dendangan asal kumpulan Dolla. 

Kedudukan tiga terbawah pula menjadi milik Iqbal, Lia Aziz dan Megat Rahim. Namun, nasib tidak menyebelahi Iqbal apabila dia tersingkir daripada meneruskan perjuangan di minggu ketiga.

Danial Chuer pula tidak beraksi pada konsert kedua ini kerana faktor kesihatan dan dijangka akan kembali membuat persembahan pada minggu ketiga. Minggu lalu, Megat Rahim tidak membuat persembahan kerana positif COVID-19. 

Minggu ketiga Big Stage 2022 akan diteruskan dengan 11 peserta yang berentap merebut gelaran juara iaitu Elica Paujin, Aisha Retno, Sofiaa Marieylla, Tegar Septian, Syafiq Abdillah, Tuah Azdmi, Megat Rahim, Ajoi Zainal, Lia Aziz, Yazmin Aziz dan Danial Chuer. - Getaran 14 Februari 2022

Gambar: Instagram Astro Gempak

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Dem Lepak Boyz Dan Firdaus Rahmat Tersingkir Di Minggu Separuh Akhir Big Stage 2023

2

Muzik 3 tahun yang lalu

“Dia Sepatutnya Menyanyi Lagu Britney Spears, Bukan Christina Aguilera” – Juri Singkirkan Peserta Dari Singapura, Farhan Shah

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Big Stage 2023 : COEX Dapat Markah Tercorot, Namun Terselamat Kerana Tiada Penyingkiran, Tok Ram Suruh Berlatih 100 Hari

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Big Stage 2023 - Persembahan Gagal Beri Impak, Juri Tetap Tidak Mahu Beri ‘Imuniti X’ Kali Kedua Buat Naufal Azrin

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN