web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Diminta Untuk Jadi Lebih ‘Jantan’ Di Pentas Famili Duo, Shaffiq Erwin Hanya Mahu Jadi Diri Sendiri

Juri program Famili Duo iaitu Ajai telah meminta Shaffiq Erwin untuk menjadi lebih jantan dan macho untuk persembahan seterusnya kerana kelihatan lebih feminin daripada Ara Johari.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 12:00PM

Ajai (kiri) mahu Shaffiq 'macho' sikit untuk persembahan seterusnya. - Gambar ihsan TV3

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Program hiburan Famili Duo sedang rancak ditayangkan di TV3 setiap Ahad jam 9 malam di mana tujuh pasangan keluarga yang terdiri daripada selebriti tempatan berentap untuk merebut gelaran juara.

Pada konsert minggu kelima Ahad lepas menyaksikan setiap peserta perlu menyanyikan lagu bertemakan Dangdut, Hindustan Dan Nusantara.

Pasangan sepupu iaitu Ara Johari dan Shaffiq Erwin menyampaikan lagu dangdut berjudul Penasaran dendangan asal Rhoma Irama.

Sewaktu persembahan mereka dinilai oleh pihak juri profesional, salah seorang daripada juri iaitu Ajai meminta supaya Shaffiq menjadi lebih ‘jantan’ untuk persembahannya pada minggu yang akan datang.

“Masalahnya dia ni (sambil menuding jadi ke arah Shaffiq), jadi perempuan sangat ni. Tak boleh, jadi macho sikit. Kalau boleh minggu depan nak tengok hang jadi jantan,” komen Ajai.

Komen Ajai itu kemudiannya dibalas oleh seorang lagi juri profesional iaitu Mas Idayu. Kata Mas Idayu, Shaffiq sebenarnya jantan tetapi dia lembut.

Sebenarnya komen mengenai perwatakan lelaki yang tidak cukup maskulin dalam program televisyen bukan pertama kali berlaku. Sebelum ini perkara yang sama pernah berlaku di pentas Big Stage pada tahun lalu apabila Daniel Chuer dikatakan berjalan seperti Bella Hadid dan juri memintanya untuk menjadi lebih maskulin.

Disebabkan itu, ramai netizen yang tidak berpuas hati dengan juri kerana dikatakan bersifat ‘toxic masculinity’.

Getaran menghubungi Shaffiq Erwin sendiri untuk mendapatkan pandangannya tentang isu ini. Menurut Shaffiq, dia menganggap komen Ajai itu, sebagai satu gurauan.

“Tetapi saya faham perkara ini juga agak sensitif apabila ia dinyatakan secara terbuka di dalam program siaran langsung.

“Saya cuba untuk tidak terasa hati dan pandang dari sudut yang positif. Mungkin dia sebenarnya nak beritahu bahawa nyanyiannya saya lebih berlenggok daripada Ara.

“Tetapi apa yang saya fikirkan sewaktu itu adalah saya perlu bergerak supaya persembahan itu tidak menjadi hambar kerana Ara memang seorang yang keras.

“Tujuan saya hanyalah untuk menghidupkan persembahan itu. Tak ada pun niat sengaja nak berlembut-lembut di atas pentas,” katanya.

Katanya lagi, mungkin Ajai nampak perwatakannya di dalam persembahan agak lembut kerana kebetulan mereka menyampaikan lagu berunsur dangdut pada minggu kedua dan minggu lalu.

“Minggu kedua kami menyampaikan lagu ‘Sedang Ingin Bercinta’ yang mempunyai unsur dangdut. Minggu kelima pula memang lagu danggut sepenuhnya. Jadi saya hanya berlenggok, bergelek mengikut tuntutan lagu. Kalau tengok minggu-minggu yang lain, tak ada pun saya terkinja-kinja bergelek tanpa sebab,” kongsinya.

Ditanya adakah dia akan menjadi lebih jantan dalam persembahannya yang seterusnya selepas ini seperti yang dikehendaki Ajai, kata Shaffiq dia hanya mahu menjadi diri sendiri tanpa cuba untuk menjadi orang lain.

“Saya rasa tiada apa yang perlu diubah. Saya tak rasa saya ada buat-buat lembut atau buat-buat keras di atas pentas. Saya hanya mahu jadi diri sendiri dan ‘enjoy’ dengan persembahan saya. Jadi tiada istilah selepas ini saya akan tiba-tiba jadi keras kejung di atas pentas semata-mata nak ikut komen abang Ajai.

“Saya juga harap abang Ajai boleh tapis sedikit komen-komenya selepas ini supaya tiada pihak yang salah faham dan terguris hati,” ujarnya.

Selain Shaffiq dan Ara Johari, Famili Duo turut disertai oleh pasangan Ayda Jebat & Fyna Jebat, Naim Daniel & Sissy Iman, Siti Saerah & Siti Saida, Bella Astillah & Wani Kayrie, Zaki Yamani & Yamani Abdillah dan Sabhi Saddi & Fareedpf K-Clique. - Getaran 20 Januari 2023.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

‘Dia Cium Tangan Saya Dua Kali, Bukan Cium Biasa’ - Ara Johari Jadi Mangsa Serangan Seksual Peminat Fanatik

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Big Stage 2023 : COEX Dapat Markah Tercorot, Namun Terselamat Kerana Tiada Penyingkiran, Tok Ram Suruh Berlatih 100 Hari

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Bukan 'The Jebats', Tetapi 'The Jamals' Yang Dinobatkan Sebagai Juara Famili Duo Musim Kedua

4

TARA 3 tahun yang lalu

Kita Harus Beri Kemerdekaan Kepada Bakat Seni Untuk Berkarya Dan Cetuskan ‘Signature’ Mereka – Ellie Suriaty 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 14 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...