web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suami Tetapkan Syarat Supaya Wany Hasrita Labuhkan Tudung

Tiada syarat ketat ditetapkan oleh Adib kepada Wany untuk terus aktif dalam bidang seni kecuali labuhkan tudung.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 2:09PM

Wany Hasrita bersama suaminya Mohd Al-Adib - Gambar oleh Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suami kepada penyanyi popular Wany Hasrita iaitu Mohd Al-Adib tidak meletakkan sebarang syarat ketat untuk isterinya terus aktif dalam bidang seni tetapi permintaannya cuma satu iaitu Wany harus labuhkan tudung.

Perkara itu dikongsikan Adib sewaktu sesi sidang media di majlis resepsi yang berlangsung di Forest Valley Cheras malam tadi. 

“Wany selalu tanya saya kalau ada perkara yang dia boleh buat ataupun tidak. Tetapi saya selalu tanya balik kalau saya yang buat perkara itu dia okey tak? Ibarat reverse psychology

“Sebab perempuan memang selalu betulkan? Tetapi, syarat pertama yang saya beritahu dia adalah labuhkan tudung,” katanya. 

Ditanya apa yang membuatkan dirinya tertarik dengan Wany, jelas Adib, Wany mempunyai hati yang baik.

“Dia tak suka bercakap buruk pasal orang lain. Kalau ada benda buruk yang jadi pun dia cuma akan cakap alhamdulillah. 

“Malah, jika ada benda yang buruk jadi pada diri dia sendiri dia tak pernah merungut. Itu salah satu faktor paling besar yang buat saya tertarik dengannya,” kongsinya. 

Menjadi suami kepada Artis Paling Popular Anugerah Berita Harian 2018, pastinya tempias populariti akan turut terkena kepadanya. 

Wany belum bersedia untuk tinggalkan bidang nyanyian sepenuhnya namun sudah berbincang akan hal itu dengan suaminya - Gambar oleh Helmi Anuar
Wany belum bersedia untuk tinggalkan bidang nyanyian sepenuhnya namun sudah berbincang akan hal itu dengan suaminya - Gambar oleh Helmi Anuar

Ditanya adakah dia sudah bersedia untuk terkait dengan dunia glamor Wany, Adib berkata, dia tiada masalah asalkan ia tidak menggangu hal peribadinya. 

“Kalau peminat Wany sekadar nak ambil gambar dengan saya, mungkin saya tiada masalah asalkan tidak mengganggu urusan peribadi dan kerjaya saya,” ujarnya. 

Sementara itu bagi Wany pula, dia belum bersedia untuk tinggalkan bidang nyanyian sepenuhnya dan mengikut suami tinggal di Sarawak. Namun, dia mengakui sudah berbincang akan hal itu dengan suaminya. 

“Kami sudah berbincang mengenai perkara ini. Tetapi untuk masa sekarang masing-masing faham dengan kewajipan masing-masing dalam karier yang perlu diselesaikan. 

“Insya-Allah, kita dah rancang untuk settle down, tetapi bukan dalam waktu terdekat sebab masing-masing punya komitmen terhadap kerja,” katanya. 

Mengulas lanjut mengenai permintaan suaminya untuk melabuhkan tudung, kata Wany dia akan cuba sedaya upaya untuk taat terhadap perintah suami.

“Sebelum ini pun, dia memang sudah pernah dinasihatkan cuma itulah kadang-kadang iman kita ini bergegar-gegar juga. 

“Tapi saya doakan semoga Allah tetapkan hati dan saya akan cuba mencontohi mereka yang berada di dalam industri tapi masih menjaga serba-serbi,” ujarnya. 

Lumrah pasangan yang baru berkahwin, pasti akan diajukan soalan tentang bulan madu dan zuriat. Kata Wany sehingga kini dia masih belum menetapkan destinasi bulan madu mereka. 

“Esok baru saya nak cari destinasi bulan madu. Soal anak pula kami tak tetapkan berapa pun, saya serahkan kepada Allah,” katanya.

Tahniah diucapkan kepada Wany dan Adib. Semoga saling melengkapi dan bertolak ansur dalam berumah tangga. Selamat pengantin baru. - Getaran, 25 Julai 2022 

Gambar : Helmi Anuar Menggunakan iPhone 13 Pro

Berita Berkaitan

1

Selebriti 7 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Sambut Ulang Tahun Pertama Perkahwinan, Janna Nick Mohon Tetamu Doakannya Dapat Zuriat

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

4

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN