web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


12 Tahun Kenal, Wany Hasrita Sah Bergelar isteri Al-Adib Fahmi

Tiada istilah ‘declare’ sebagai kekasih, penyanyi popular Wany Hasrita mengejutkan peminat dengan berita pernikahannya malam ini.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2022 10:32PM

Wany Hasrita sah bergelar isteri kepada Al-Adib Fahmi malam ini. - Gambar oleh WSVS.co

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan dua kali lafaz, pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah itu selamat bergelar isteri kepada 
lelaki pilihannya Mohd Al-Adib Fahmi Harun.

Dalam majlis yang diadakan di Glam Hall, Damansara Perdana tadi, Wany menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian tanpa dulang hantaran. Manakala wang hantaran turut dirahsiakan. 

Gambar oleh WSVS.co
Gambar oleh WSVS.co


 
Wany yang popular menerusi lagu Menahan Rindu berkata, dia bersyukur majlis yang dirancang berjalan lancar dan berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat yang sentiasa mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
 
“Insya-Allah, ini adalah fasa baharu buat saya dan suami. Perjalanan kami masih panjang. Tanggungjawab menjadi isteri dan dalam masa sama bergelar anak seni akan saya cuba berikan yang terbaik. Cuma, selepas ini tentu saja keluarga menjadi keutamaan saya. 
 
“Saya berdoa agar semoga segalanya dipermudahkan. Paling penting juga, saya mohon untuk semua mendoakan yang terbaik buat saya dan suami dalam melayari bahtera perkahwinan ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar. 
 

Gambar oleh WSVS.co
Gambar oleh WSVS.co


Berkongsi mengenai lelaki yang berjaya menambat hatinya yang juga bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak itu, Wany berkata hubungan mereka mula rapat sejak 2019.
 
“Kalau diikutkan saya sudah kenal Adib sejak 2010 lagi. Ketika itu saya mengenalinya melalui rakan baik saya yang juga sepupunya. Kenal macam tu saja. Waktu itu pun saya belum menjadi penyanyi lagi. 

“Cuma, pada 2019 barulah kami mulai menjadi rapat. Ada satu hari dia melawak mengenai kartun Thomas & Friends. Saya pun boleh layan. Sejak itu, kami terus ‘ngam’ dan saling memahami dalam banyak perkara.
 
“Tidak ada istilah ‘declare’ menjadi kekasih dalam perhubungan kami. Masing-masing saling memahami perasaan dan hati dan akhirnya memutuskan untuk membawa perhubungan ini ke fasa yang lebih serius,” katanya.

Gambar oleh WSVS.co
Gambar oleh WSVS.co

Majlis pernikahan malam ini dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.
 
Majlis kesyukuran bagi meraikan pasangan pengantin baharu ini akan diadakan pada 24 Julai ini bertempat di Cheras, Kuala Lumpur.
 
Terdahulu, Wany dan Adib bertunang pada 26 Februari di sebuah hotel di Sepang, Selangor. Acara itu  hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat saja. - Getaran, 22 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

FMC Music Sahkan Datuk Jamal Abdillah Tarik Diri Dari Pentas AJL38

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Awalnya, Datuk Jamal Abdillah Keberatan Rakam Lagu Duet Bakawali Dengan Wany Hasrita 

3

Podio 3 tahun yang lalu

PenganTARA Episod 8 - Isu Angkasa Disita, Perkahwinan Wany Hasrita Dan Filem Jerangkung Dalam Almari 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Suami Tetapkan Syarat Supaya Wany Hasrita Labuhkan Tudung

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu