web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Awalnya, Datuk Jamal Abdillah Keberatan Rakam Lagu Duet Bakawali Dengan Wany Hasrita 

Jamal juga berhajat untuk merakamkan lebih banyak lagi lagu dan ingin menjadikan lagu-lagu duet bersama Wany ini sebagai sebahagian dari koleksi lagu–lagu yang pernah dirakamkannya. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 5:41PM

Gambar FMC Music

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah dua single yang dihasilkan Datuk Jamal Abdillah bersama Wany Hasrita iaitu 'Belenggu Rindu' dan 'Kucuma'. 

Namun, apabila ditawarkan untuk menghasilkan lagu duet ketiga berjudul 'Bakawali' bersama Wany, Jamal seperti teragak-agak dan keberatan untuk melakukannya. 

Rupa-rupanya, penyanyi lagenda ini bimbang untuk merakamkan semula lagi Bakawali yang pernah dipopularkan Siti Nordiana dan Syura itu. 

“Saya bimbang jika tidak dapat mengatasi atau menyamai kebaikan 'Bakawali'. Tetapi apabila difikirkan semula, versi kali ini agak berbeza dengan yang asal kerana versi sebelum ini ia adalah duet antara dua penyanyi wanita. 

“Jadi, saya terima dan saya terpaksa gunakan kebolehan dan kelebihan yang ada pada saya untuk mewarnai lagu ini sebaik mungkin. Bahkan, saya turut menyahut cabaran tersebut dengan tekad untuk memberi hasil yang terbaik bukan sekadar buat dan suam-suam kuku sahaja,” katanya. 

Gambar ihsan FMC Music
Gambar ihsan FMC Music

Kerap berkolaborasi untuk lagu duet bersama Wany berbanding penyanyi wanita lain, Jamal mengakui beliau cukup senang bekerjasama dengan penyanyi wanita muda itu. 

“Wany seorang penyanyi yang berbakat dan mempunyai pengetahuan dalam lenggok dan patah lagu langgam dan tradisional serta mampu menyanyi dengan baik,” katanya. 

Menurut Jamal lagi, dia juga berasa sungguh teruja dan terharu apabila dapat berganding bahu dengan penyanyi baharu yang berbakat besar seperti Wany. 

“Sebelum ini, bila saya pergi mengadakan persembahan di mana-mana, jarang sekali saya berkongsi pentas bersama angkatan artis baru. 

“Oleh itu apa yang dilakukan oleh FMC Music ini sangat bagus kerana selain dapat memperkenalkan artis lama pada peminat generasi baru, pada waktu yang sama ia memberi peluang untuk artis lama dan baharu belajar antara satu sama lain. 

“Artis lama boleh melalui pengalaman dan suasana baru serta memberi sedikit sebanyak tunjuk ajar pada artis generasi kini.

“Saya juga berhajat untuk merakamkan lebih banyak lagi lagu dan ingin menjadikan lagu-lagu duet bersama Wany ini sebagai sebahagian dari koleksi lagu-lagu yang pernah saya rakamkan,” katanya lagi. 

Gambar ihsan FMC Music
Gambar ihsan FMC Music

Sementara itu, Wany pula berkata, dia gembira apabila dapat menyumbang dan membantu mengekalkan irama tradisional. 

“Saya memang suka menyanyikan lagu-lagu berentak Melayu dan tradisional. Dan peluang merakamkan semula lagu 'Bakawali' ini merupakan satu cara untuk saya menguji kemampuan diri.

“Semua orang dah tahu lagu Bakawali ini pernah dinyanyikan dengan baik oleh dua orang penyanyi asalnya. 

“Apabila dinyanyikan semula tentunya ramai yang tidak sabar nak dengar bagaimana hasilnya adakah lebih baik atau sebaliknya. 

“Namun saya bersyukur kerana DatukJamal banyak beri tunjuk ajar dan ianya memudah dan menguatkan semangat saya untuk siapkan lagu ini dengan jayanya. 

“Saya juga bersyukur kerana dapat berduet dengan seorang mentor seperti beliau yang juga saya sifatkan sebagai seorang sifu,” katanya. 

Lagu 'Bakawali' yang diberi nafas baru ini akan mula dilancarkan sejak 17 November lalu di YouTube rasmi FMC Music. - Getaran, 23 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

FMC Music Sahkan Datuk Jamal Abdillah Tarik Diri Dari Pentas AJL38

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Masih Giat Bikin Lagu Raya Di Usia 74 Tahun, S Atan Tunaikan Permintaan Raja Pop Jamal Abdillah 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Minggu Hadapan, Pilih Nama Lebih ‘Simple’ Tetapi Bermakna

4

Politik 3 tahun yang lalu

Tuduhan Terhadap DAP: Adakah Hadi Awang, Razman Akan Contohi Jamal

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 3 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN