web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Misi Mencari Dipergiat, Ras Adiba Harap ‘Zally’ Ditemui

Ras turut memohon kerjasama daripada pihak masyarakat supaya dapat membantu mengambil gambar Zalina Azman jika mereka menemui bekas rakan seperjuangannya itu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 8:00PM

Ras Adiba dan beberapa rakan sedang berusaha mencari Zalina Azman berdasarkan sumber-sumber dikongsi netizen - Gambar Fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi berharap dia akan dapat menemui Zalina Azman dalam misi pencarian bekas penyampai berita yang juga rakan seperjuangannya sewaktu mereka sama-sama berkhidmat di stesen televisyen TV3. 

“Saya dan beberapa rakan telah berusaha mencari Zalina sejak jam 9 malam semalam sehingga pagi. 

“Kami mencari merata tempat di sekitar Shah Alam berdasarkan sumber-sumber yang dikongsi oleh netizen. 

“Antara tempat yang kami cari adalah di sekitar Seksyen 3, Seksyen 5, Seksyen 7, majlis perbandaran Shah Alam sehingga di kawasan masjid. Namun, kami masih gagal menemuinya.

“Kami melihat orang yang lalu-lalang dan bila melihat orang itu bukanlah dia, ia sungguh mengecewakan,” kata Ras kepada Getaran. 

Biarpun begitu, ia masih tidak mematahkan semangat Ras untuk mencari bekas teman seperjuangannya yang dipanggil Zally itu.

“Pencarian akan diteruskan pada malam ini. Saya tahu ramai yang beranggapan saya bersikap tidak realistik apabila berusaha mencarinya dengan cara begini. 

“Tapi, saya hanya mencuba dan berharap saya akan dapat menemui dia,” katanya yang juga seorang aktivis masyarakat. 

Pada malam ini, Ras meneruskan misi pencarian Zalina bersama kru 999 TV3 dan pasukan Getaran. 

Jelas Ras lagi, dia tidak tahu apa yang berlaku kepada Zalina dan mengapa dia tiba-tiba menghilang. 

“Sebelum ini, kami sering menghormati privacy Zalina. Lagipun, dia sendiri seorang yang sangat private tentang kehidupan peribadinya. 

“Tapi, saya berharap, masyarakat tidak akan cepat menjatuhkan hukum terhadap situasi dan keadaan Zalina ini. Jika ada cara untuk membantunya, itu yang patut kita lakukan.  

“Saya juga rasa sangat teruk kerana kami tidak bertindak awal sewaktu dia dilaporkan hilang, sehinggalah pihak polis membangkitkan lagi tentang berita kehilangannya itu. 

“Saya sendiri tidak menyedarinya sehinggalah diberitahu oleh sepupu saya. Kami yang pernah bekerja di bawah syarikat yang sama, memang tahu nama sebenarnya adalah Zalina Shaharah Azman. 

“Tapi, bagi orang biasa, mereka hanya mengenalinya sebagai Zalina Azman,” katanya lagi. 

Ras juga turut memohon kerjasama daripada pihak masyarakat supaya dapat membantu mengambil gambar Zalina Azman jika mereka menemuinya di mana-mana. 

“Jika ada gambarnya, ia akan memudahkan lagi pencarian kerana kita memperolehi gambarnya yang terkini,” katanya lagi.

Zalina Azman yang juga bekas pengacara program ‘Money Matters’ dilaporkan hilang sejak November tahun lepas dipercayai masih berada dalam negara. - Getaran, 20 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pempengaruh Boss Mario Hilang, Kereta Ditemukan Di Pantai Klebang

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN