Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Ezatty Abdullah Huru-Hara Di Lokasi Bila Pembantu Rumah Lari

Kejadian yang tidak diduga itu telah memberikan tekanan buat Ezzaty sewaktu menjayakan penggambaran drama bersiri ‘Liar’ di Ampang, Jumaat lalu.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2022 8:34PM

Ezzaty Abdullah dan keluarganya - Gambar oleh Ellyna Ali dan Instagram @ezzatyabdullah

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pagi Jumaat lalu adalah suasana yang cukup mencemaskan, mendebarkan dan penuh tekanan buat pelakon cantik Ezzaty Abdullah. 

Ketika sedang sibuk menjalani penggambaran drama siri premium, ‘Liar’ arahan Jason Chong di Taman Hillview Ampang, tiba-tiba pembantu rumahnya yang baru sahaja sebulan bekerja telah melarikan diri meninggalkan dua cahaya matanya yang berusia 4 tahun dan 4 bulan. 

Disebabkan hal tersebut, penggambaran drama yang diadaptasi daripada drama siri thriller British yang tercalon di BAFTA Awards itu terpaksa dimulakan sedikit lewat. 

“Saya memang stres sangat sebab dia tinggalkan anak-anak saya macam itu sahaja. Nasib baik ada  kerja-kerja pengubahsuaian di bahagian dapur rumah saya sekarang ini. 

“Jadi, kontraktor yang tolong tengok-tengokkan anak saya. Azwan (suami) terpaksa bergegas pulang untuk tengok anak-anak. 

“Saya pula tidak dapat balik sebab hari ini saya banyak terlibat dengan babak yang berat-berat di dalam drama bersiri ‘Liar’ ini,” kata Ezzaty kepada Getaran. 

Isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini juga bersyukur kerana jiran-jirannya juga turut mengambil berat tentang situasi yang dihadapinya. 

"Malah, dua orang jiran sempat menghantar gambar pembantu rumah saya waktu dia sedang larikan diri. Dia dapat lari jauh tapi Azwan sebab menangkapnya,” katanya lagi. 

Menurut Ezzaty lagu, punca pembantu rumahnya itu melarikan diri adalah disebabkan seorang lelaki yang dikenalinya menerusi aplikasi dating

“Saya ini tak suka control pembantu rumah saya. Kalau orang lain, mereka mungkin sudah rampas telefon bimbit pembantu rumah atau tidak bagi mereka pegang telefon sewaktu kerja. 

“Tapi, kalau saya, saya bagi. Sebab bagi saya, telefon bimbit ini adalah suatu keperluan. Kita sendiri tidak boleh hidup tanpa telefon. 

“Dan, dia (pembantu rumah) juga ada anak. Dia janda anak dua. Saya pun ada anak. Saya faham dia. Kalau saya tak dapat cakap dengan anak saya sehari, saya rasa tak keruan. 

“Sebab itu, saya bagi dua pegang telefon supaya dia dapat berhubung dengan anak-anak dia. Tapi, dia pulak salah guna. 

“Dia telah memuat turun aplikasi dating dan melalui aplikasi tersebut dia telah berkenalan dengan seorang lelaki Malaysia yang menjanjikan pekerjaan di kedai makan dengan gaji RM3,000,” katanya. 

Jelas Ezzaty lagi, dia cuba menjelaskan kepada pembantu rumahnya itu bahawa apa yang lelaki itu katakan mungkin tidak benar dan boleh jadi dia juga adalah seorang scammer. 

“Mana ada orang yang mahu menawarkan orang Indonesia bekerja di kedai makan dengan gaji sebanyak RM3,000? 

“Mungkin juga lelaki itu berniat jahat, mahu mendera, menjadikan dia pelacur atau mangsa rogol beramai-ramai. 

“Saya bagitau dia sebab sekarang ini memang banyak kes seperti itu yang berlaku. Ambil pembantu rumah bekerja tetapi dijadikan pelacur.

“Tapi, dia tidak mahu percaya cakap saya. Dia mati-mati percaya dengan lelaki itu dan mahu ikut lelaki tersebut,” katanya. 

Disebabkan itu, Ezzaty berkata, dia terpaksa merampas telefon pembantu rumahnya itu selama dua hari. 

“Sebab saya takut dia akan hubungan lelaki itu dan takut lelaki itu akan larikan dia. Saya dah keluar duit banyak iaitu kira-kira RM20,000 untuk mengambil dia jadi pembantu rumah, walhal dia baru sebulan kerja. 

“Kalau dia lari, rugilah saya. Lagipun, saya takut apa-apa jadi kepada dia. Beberapa hari sebelum itu, dia ada minta cuti. Saya tak sedap hati. Bila dia cerita pasal lelaki itu, saya terpaksalah rampas telefon bimbitnya itu. 

“Awal pagi sebelum saya pergi ke lokasi, dia merayu-rayu sampai pegang kaki saya untuk meminta telefon miliknya itu dikembalikan. Saya tidak bagi juga. 

“Jam 8.30 pagi, saya sudah bertolak ke lokasi dan pada jam 10.30 pagi, bila saya periksa di CCTV, dia sudah lari meninggalkan rumah membawa begnya sekali. 

“Entahlah, Ini kali kedua kejadian pembantu rumah berlaku kepada saya. Yang pertama, dulu sebab dia tidak biasa pegang bayi. 

“Untuk pembantu rumah yang kedua ini, saya terpaksa hantar dia pulang kepada ejen dan meminta untuk digantikan dengan pembantu rumah yang lain,” katanya. 

Ezzaty juga mengakui komitmen dia dan Azman kini semakin tinggi selepas mereka memiliki dua cahaya mata. 

“Dulu masa anak seorang, saya dan Azwan gilir-gilir menjaga. Tapi, bila dah dia dua anak, kedua-dua kami kena kerja. Sebab itu, kami ambil pembantu rumah,” katanya mengakhiri perbualan. 

Ezzaty dan Azwan mendirikan rumah tangga pada 16 Julai 2016. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Harum Dahlia, 4 tahun dan anak lelaki berusia 4 bulan yang baru saja dilahirkannya pada 11 Februari lalu. - Getaran, 27 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

 Filem 'Oppa' Bantu PDRM Banteras Jenayah Scam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Ditipu Individu Menyamar Polis, Suri Rumah Rugi Hampir RM1.5 Juta

3

TARA 3 bulan yang lalu

10 Petunjuk Tawaran Kerja Itu Adalah Scam

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Pengarah Syarikat Rugi Lebih RM2.3 Juta, Terpedaya Pelaburan Saham Tidak Wujud

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 4 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'