web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Yung Raja Tampil Dengan ‘Mami’ Di Amerika Syarikat

Yung Raja melebarkan sayap ke Amerika Syarikat dengan ‘Mami’ dan Alamo Records.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2021 8:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perjuangan penyanyi rap kelahiran Singapura, Yung Raja ke luar negara kini bermula dengan pelancaran ‘Mami’, bersama Alamo Records di Amerika Syarikat, tempat naungan beberapa bintang hip-hop terlaris seperti Lil Durk dan Smokepurpp. 

Artis yang digelar sebagai artis hip hop avant-garde Asia Tenggara itu terkenal dengan asimilasi lirik bahasa Inggeris dan Tamil yang padu, berjaya memasuki pasaran global dengan single ‘Psychedelic’, single dengan genre trap-heavy yang dihasilkan secara usaha sama dengan Flightsch. 

Yung Raja kini dalam perjalanan untuk merapatkan jurang di Asia Tenggara dalam arena muzik arus perdana. 

Baru bulan lepas dia dimasukkan dalam senarai ‘NME’s 100’ kelolaan majalah muzik atas talian New Music Express (NME) dan muncul sebagai orang Singapura pertama yang berjaya memasuki senarai 'artist to watch' dalam platform ini. 

Dengan ‘Mami’, Raja layak untuk terus berada dalam senarai tersebut apabila menampilkan apa yang ingin dibawa ke pentas global - suara yang asing tetapi biasa didengar bagi pencinta muzik di mana-mana.

Beberapa single Yung Raja yang lalu telah mengetengahkan warisan, identiti dan cara hidup rapper berbangsa India itu di Singapura. 

Dengan penampilan sulung di Alamo Records, ‘Mami’ meletakkan kemampuan unik Yung Raja untuk merapatkan dan menggabungkan semua budaya dengan lebih fokus. 

Penggunaan ‘Mami’ adalah sebahagian daripada tradisi lama dalam bahasa dan dalam lagu-lagu hip hop bertema pesta. 

Pada tahun 2021, Yung Raja menggabungkan makna multidimensi dan manifestasi yang memperlihatkan dengan jelas definisi baharu untuk istilah itu-- meraikan kecantikan dan keindahan wanita.

‘Mami’ adalah satu lagi lagu yang dicipta bersesuaian untuk arena kelab malam. Penggunaan intuitif rentak trap oleh Flightch yang kedengaran santai dan seperti bermain-main dizahirkan dengan mudah oleh Yung Raja dalam bahasa Inggeris dan Tamil.

Lagu ini sarat dengan permainan kata Yung Raja yang pantas dan jujur di samping membangkitkan perasaan romantis lantas membuktikan bahawa humor, keyakinan dan kreativiti menjadi identiti muzik penyanyi rap berusia 26 tahun itu. 

Penyanyi rap ini bermula dengan mendefinisikan dirinya sebagai kehadiran seseorang berbangsa India yang berlainan di medan pertembungan budaya hip hop Singapura. 

Sekarang, dengan kekuatan bintangnya yang semakin menyinar, dia menggunakannya untuk menonjolkan budayanya dengan lebih tepat, tetapi dengan unsur keseronokan.

Video muziknya - dibikin oleh Bless7Up dan disunting oleh Jasper Tan dari Vadbibes - menonjolkan kemewahan dengan sentuhan kegembiraan komikal. 

Meminati warna-warna terang dan psikedelik, rapper tersebut dapat dilihat meluncur di atas wang, memanjat himpunan sari dan perhiasan dan berpesta di lokasi yang berbeza: bilik hotel yang mengecil, pasar raya dan gudang suram - di mana anak patung ‘Mami’ hidup di hadapan Yung Raja yang tidak merasa curiga. 

Ia adalah jenaka yang mudah dan berkesan, sesuatu yang menyuntikkan kehidupan dan tenaga yang tidak goyah ke dalam kehidupan biasa.

'Mami' kini ada di semua platform penstriman utama dan tayangan perdana video muzik rasmi di saluran VEVO YUNG RAJA. - Getaran, 29 Mac 2021

Semua gambar: Ihsan Def Jam Asia

Berita Berkaitan

1

Muzik 39 minit yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 39 minit yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN