web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Asyraf Khalid Mahu Jadi Murid Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

Asyraf Khalid, anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mahu Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid membimbingnya ke arah agama.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Jun 2022 2:07PM

Gambar Instagram Asyraf Khalid

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Usahawan terkenal yang juga anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid meluahkan rasa syukur kerana dapat memperoleh ilmu agama daripada tokoh agama terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.

Pada pertemuan yang berlangsung selama sejam di Yayasan Ar-Ri’ayah Ampang itu, Asyraf, atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Khalid, 30, turut menyatakan hasrat menjadi anak murid Habib Ali bagi membimbingnya ke arah agama yang lebih baik.

“Kalau dulu, saya ada seorang guru bernama Abuya Habib Naufal dari Sukabumi. Beliau yang banyak mengajar saya dalam bab agama dan adab, tapi Allah lebih sayangkan Abuya dan Allah ambil Abuya dulu. 

“Jadi setelah beberapa tahun saya tiada guru khusus bab agama, saya tergerak hati untuk hubungi Habib Ali and saya punya permintaan kepada Habib Ali adalah untuk saya menjadi anak murid beliau dan untuk beliau menjadi guru untuk membimbing saya ke arah agama,” kata Asyraf.

Asyraf yang merupakan pengasas produk minuman jamu Mutyara bersama isterinya pelakon Tya Ariffin berkata, pertemuan itu memberikan banyak pengajaran dan pengalaman baru buat dirinya. 

“Terima kasih juga kepada ayah kerana membuka jalan untuk saya bertemu Habib Ali dan alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. 

“Saya fikir, kalau kita nak jadi orang yang baik, kita kena mendekati orang-orang yang soleh. Kadang-kadang iman kita ni ada naik turun, tapi untuk kita tetapkan iman kita, kita kena ada seorang guru untuk sentiasa mengingatkan kita," katanya. - Getaran, 24 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 bulan yang lalu

24,761 Calon UPKK 2025 Dapat 9A

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Artis Digesa Lebih Peka Isu Kemanusiaan Selepas Konsert Siti Nurhaliza

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Mum2Mum, Siri Minum Petang Dwi Bulanan Dari Farm Fresh

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Kementerian Pendidikan Galakan Murid, Pelajar Lawat Tapak Warisan UNESCO

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN