web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elak Berlakon Adegan Bersentuhan, Nafiz Muaz Tak Mahu Gadai Agama

Pernah menolak tawaran daripada satu produksi kerana prinsip ini, namun Nafiz menerima lebih banyak tawaran yang datang selepas itu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2022 9:45AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Nafiz Muaz mengelak daripada menerima tawaran drama bergenre romantis yang mempunyai adegan bersentuhan demi menjaga batasnya sebagai seorang muslim.

“Saya cuma ada satu sahaja jawapan kenapa saya mengelak daripada menerima tawaran berlakon cerita romantis, iaitu kerana agama. Ini kerana drama genre ini memang akan ada adegan bersentuhan dan saya tidak mahu gadaikan agama demi kerjaya.

“Sejak empat tahun lalu, memang saya sudah beritahu pengarah siap-siap tentang prinsip ini. Jika pengarah tidak okay dengan syarat itu, saya anggap sahaja tidak ada rezeki,” katanya kepada Getaran baru-baru ini.

Pemilik nama sebenar Muhd. Nafiz Muaz Mat Nasir juga mengakui prinsip tersebut lahir daripada keinginannya sendiri kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena sekiranya melakonkan sebarang aksi romantik yang memerlukannya bersentuhan dengan wanita. 

“Prinsip ini memang sejak empat tahun lalu saya lakukan bahkan dari sebelum berkahwin lagi. Saya merasakan berlakon bersentuhan adalah tidak normal untuk saya sebagai orang Islam.

“Setakat ini saya tidak pernah menyesal kerana saya percaya benda yang saya miliki hari ini semuanya sudah tertulis. Allah tak akan biarkan kita kebulur.

“Sejujurnya saya pernah menolak satu produksi kerana prinsip ini, namun ada banyak lagi tawaran yang datang selepas itu,” dedah Nafiz yang bakat lakonannya mula mendapat perhatian menerusi Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2016.

Ditanya adakah pelakon itu gusar sekiranya popularitinya merudum memandangkan Nafiz sebelum ini kerap dilihat berlakon naskhah drama romantis dan cinta, anak kelahiran Sungai Petani itu tersenyum.

“Sekarang, saya tak kisah lagi tentang populariti, setiap lakonan yang saya buat adalah kerana minat yang mendalam,” tambahnya.

Nafiz bakal tampil dalam sebuah drama siri original iQIYI pertama bertajuk Sorry Naik Lori.  Mengisahkan dengan gelagat pasangan suami isteri dalam menjalani kehidupan mereka yang penuh cabaran. Turut sama menjayakan drama komedi ini nanti ialah Nazim Othman, Ruhainies dan Sheila Mambo. - Getaran, 24 Jun 2022

Gambar: iQIYI

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Malam Komedi ‘Live, Love, And Laugh’ Untuk Bertemu Kenalan Baru, Mungkin Juga Bertemu Jodoh

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Kes Khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies Mengaku Tak Bersalah

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN