Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sebab Kenapa Syamsul Yusof Pilih Adi Putra Sebagai Mat Kilau 

Pengarah filem 'Mat Kilau', Syamsul Yusof mempunyai alasannya yang tersendiri kenapa dia memilih pelakon kelahiran Singapura iaitu Datuk Adi Putra untuk memegang watak pahlawan ikonik itu. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 6:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem epik Mat Kilau sememangnya menjadi buah mulut orang ramai sejak dari trailer rasminya dilancarkan beberapa minggu yang lalu. 

Diarahkan oleh pengarah berprolifik, Syamsul Yusof, filem Mat Kilau bukan sahaja menjadi bualan kerana keterujaan penonton untuk menonton filem ini, tetapi juga terpalit dengan beberapa kontroversi.

Antaranya ialah pemilihan aktor popular kelahiran Singapura iaitu Datuk Adi Putra yang memegang watak utama sebagai Mat Kilau.

Ramai yang mempersoalkan pemilihan Adi untuk menggalas watak pejuang bangsa terbilang itu kerana dia bukan dilahirkan di Malaysia. 

Namun bagi Syamsul, dia mempunyai sebabnya yang tersendiri kenapa dia merasa sosok Adi Putra paling cocok untuk membawakan watak ikonik ini. 

Kata Syamsul, selain sudah biasa bekerjasama dengan Adi untuk beberapa buah filem sebelum ini, dia merasakan gaya lakonan Adi paling sesuai untuk watak Mat Kilau. 

“Adi putra seorang pelakon yang versatil. Dia pandai melakonkan watak seorang Romeo, gangster dan sebagainya. Jadi saya sebagai pengarah menggunakan kreativiti serta bayangan dalam fikiran saya dan saya yakin dia boleh bawa watak Mat Kilau. Dan hari ini terbukti selepas orang ramai menonton filem ini, rata-rata mereka mengatakan bahawa Adi Putra sangat sesuai membawakan watak Mat Kilau,” katanya kepada Getaran. 

Tambah Syamsul lagi, dia juga ada mendengar sesetengah pihak yang mempersoalkan kenapa dia tidak memilih pelakon-pelakon lain yang lebih sesuai pada pandangan mereka.

“Tidak perlulah saya sebut siapa nama pelakon-pelakon itu. Sebenarnya saya memerlukan pelakon yang agak muda bukannya tua kerana filem ini menceritakan tentang kebangkitan pahlawan Mat Kilau. Maksudnya saya kena tonjolkan Mat Kilau dari perjuangan awal dia. Jadi karektor Mat Kilau ini tak boleh terlampau tua. Saya harap mereka semua faham,” jelasnya. 

Ditanya tentang cabaran terbesar menghasilkan filem Mat Kilau, kata pemenang trofi Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia sebanyak dua kali ini dia berdepan dengan masalah bajet pada mulanya. 

“Pada saya disebabkan filem ini merupakan filem berskala besar, bajet yang sepatutnya untuk filem ini ialah RM10 juta. Tetapi pihak penerbit hanya memperuntukkan RM7 juta ke RM8 juta. Jadi macam-macam kekangan dan cabaran yang saya hadapi ketika penggambaran dari segi prop dan set untuk lokasi yang besar. Kita tak dapat nak beri ‘look’ yang tampak mahal sedikit. 

"Tetapi sebagai seorang pengarah, saya tak boleh jadikan itu sebagai alasan. Dengan bajet yang tidak sebegitu besar, saya kena gunakan segala kreativiti untuk membuat penonton terpesona dengan perjalanan cerita filem ini dari awal sampai habis. Alhamdulillah filem ini nampak mahal walaupun bajetnya tidaklah sebegitu besar,” kongsinya. 

Melihatkan ramai yang memuji filem Mat Kilau selepas sesi tayangan perdananya yang berlangsung minggu lalu, ramai yang berpendapat filem ini perlu mempunyai sekuel untuk melihat lebih lanjut perjuangan Mat Kilau menentang penjajah. Kata Syamsul dia sendiri secara peribadi mahukan sekuel filem Mat Kilau.

“Sudah semestinya! Saya sebagai pengarah mahu terus menghasilkan filem-filem pahlawan terutamanya Mat Kilau. Saya sudah berikan seluruh jiwa dan raga untuk filem ini. Perjuangan dan perjalan Mat Kilau ini panjang sebenarnya. Untuk filem Mat Kilau ini kita tonjolkan perjuangan beliau di peringkat awal. Sebenarnya ada banyak lagi cerita-cerita dia. Jadi memang ada sekuel. 

"Doa-doakan semoga filem Mat Kilau yang akan ditayangkan pada 23 Jun ini mendapat maklum balas yang positif dan berjaya di pawagam dan kami dapat cukup pulangan untuk menghasilkan filem sekuel Mat Kilau,” katanya. 

Seperti yang diketahui ramai, filem-filem yang dihasilkan oleh Syamsul selalunya mendapat kutipan pecah panggung sehingga mencecah puluhan juta. Ditanya tentang sasarannya untuk filem Mat Kilau, kata Syamsul dia tidak pernah meletakkan sasaran untuk setiap filemnya.

"Semua filem-filem saya, saya memang serahkan ke atas rezeki Allah SWT. Saya rasa sebagai pengkarya, kurang elok andai kita meletakkan sasaran dalam setiap karya yang dihasilkan. Sasaran saya bukan kutipan, sasaran saya adalah untuk menghasilkan filem epik yang baik dan akan dikenang selama-lamanya, InshaAllah,” katanya.

Filem Mat Kilau yang dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan Asaari, Wan Hanafi Su, dan ramai lagi mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Singapura bermula 23 Jun 2022. - Getaran, 23 Jun 2022

Gambar: Instagram 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

2

Selebriti 8 bulan yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

3

Filem & TV 9 bulan yang lalu

Pengarah Telefilem Kesal Masih Belum Terima Imbuhan Dana RM200,000 Dimenangi Di ASA2022

4

Selebriti 9 bulan yang lalu

Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Budaya 7 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 11 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 23 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar