Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


“Kalau Saya Scammer, Saya Tak Bantu Azri Iskandar” - Azra Diera

Azra juga memberitahu dia tidak perlu menunjukkan semua ijazahnya semata-mata untuk membuktikan ijazah kedoktoran miliknya adalah dari sebuah universiti di Amerika Syarikat.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 2:38PM

Gambar Fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Komposer penulis skrip dan novelis, Azra Diera Abdul Hamid, 42, menyangkal dakwaan bahawa dia adalah seorang scammer seperti yang dianggap banyak pihak. 

Dakwaan tersebut timbul apabila maklumat terperinci tentang dirinya serta wajahnya tidak dapat dicari menerusi platform digital. 

Bahkan, dalam kalangan orang-orang produksi juga tidak mengenali Azra dan berpendapat bahawa Azra Diera itu hanyalah sekadar nama samaran.

Jika benar anggapan tersebut, siapakah individu di sebalik nama Azra Diera ini? 

“Mereka nak anggap apapun terpulanglah. Saya tak perlu nak muncul diri pun atas desakan atau paksaan orang lain. Saya bukan buat jenayah pun. 

“Azri dah jumpa saya. Azri tau sejauh mana saya sayangkan dia. Saya tak perlukan orang lain untuk menilai hubungan kami.

“Perlukah orang yang dah tak ada kena-mengena dengan Azri ganggu hidup dia? Privacy dia? Kehidupan peribadi dia?  

“Dia nak bercinta dengan siapa pun tak ada kena-mengena dengan individu tersebut lagi. Kenapa perlu nak tunjukkan rasa insecure? Masih ada hati nak bersama lagikah?” katanya kepada Getaran. 

Menurut Azra lagi, dia bukanlah seorang scammer seperti yang dianggap ramai. 

“Kalau saya scammer, bukanlah Azri orangnya (mangsa). Azri tengah susah sekarang. Yang tolong dia pun saya. Scammer takkan cari orang yang ada masalah. 

“Tanyalah Azri. Dia rasa macam mana bila jumpa saya.  Setenang apa dia bila saya ada. Saya tak pernah minta apa-apa pun daripada dia.

“Saya cuma nak dia rasa happy dengan saya. Hidup tak lama. Kita tak tahu bila harinya kita akan dijemput pulang. Selagi ada hayat. Berbahagialah dengan orang yang menghargai kita,” katanya. 

Kalau ini dikatakan jenayah, semua yang bercinta dan ada impian yang sama adalah penjenayah di muka bumi ini. - Azra Diera

Azra juga mengakui bahawa dia boleh pergi dan tinggalkan Azri jika dia mahu. 

“Tapi, saya sayang dia. Saya tak sanggup lukakan hati dia. Azri makin bersemangat sekarang. Dia ada impian hidup yang dia tak pernah capai sebelum ini.

“Sama-sama kita doakan dia. Tengok dia berjaya. Dia dalam proses membentuk dan memperbaiki diri dia ke arah lebih baik. 

“Saya gembira tengok perubahan dia. Dulu saya kenal dia sebagai seorang lelaki yang penuh dengan rasa tertekan, stres dan bermasalah. 

“Tapi sekarang makin hilang semua itu. Boleh lihat kegembiraan dan keceriaan dia sekarang. Jumpalah dia kalau rasa apa yang saya cakap ni tak betul. Tengok sendiri dia yang sekarang ini,” katanya lagi. 

Jelas Azra lagi, tumpuan dia dengan Azri sekarang ini adalah sama-sama membangunkan kerjaya mereka dan menghalalkan hubungan serta hidup bahagia. 

“Kalau ini dikatakan jenayah, semua yang bercinta dan ada impian yang sama adalah penjenayah di muka bumi ini. 

“Seperti yang pernah saya katakan, saya tak merampas dia daripada sesiapa. Tidak daripada anak-anak dia atau mana-mana wanita lain. 

“Bukan saya cari dia. Dia yang memunculkan diri dalam hidup saya. Ini qada dan qadar,” katanya lagi.

Saya bukan minta kerja daripada sesiapa sampai perlu tunjukkan semua vitae kurikulum (CV) saya. Siapa pun tidak boleh paksa saya dedahkan perkara itu. - Azra Diera

Ditanya mengapa dia masih belum berjumpa dengan anak-anak Azri, Azra berkata, sampai masanya nanti pasti mereka akan bertemu juga. 

“Bukan dalam waktu huru-hara sekarang. Saya pun perlukan masa untuk bertenang dengan apa yang berlaku. 

“Mereka (anak-anak) pun sedia maklum keadaan kawangan Azri macam mana. Kalau saya scammer, saya tak layan Azri. Ramai nama besar lain ada di sekeliling kerjaya saya. 

“Saya boleh tarik diri kalau ini boleh merosakkan reputasi dan kerjaya saya. Tapi, kalau Azri gila selepas ni, jangan salahkan saya. Saya dah penat sebenarnya. Kerjaya saya banyak terganggu. 

“Lagi satu, saya nak betulkan kenyataan pihak sebelah sana. Saya bukan peminat Azri Iskandar. Saya tak tengok lakonan Azri.

“Tetapi sebaliknya Azri adalah peminat tulisan-tulisan saya. Terang-terang, Azri sendiri yang cakap tentang hal ini dulu,” katanya lagi. 

Tentang bukti ijazah kedoktoran (PhD) yang diperolehinya daripada salah sebuah universiti di Seattle, Amerika Syarikat, Azra memberitahu bahawa dia tidak perlu membuktikan kepada sesiapa tentang kesahihan latar belakang akademiknya itu. 

“Itu peribadi saya. Saya bukan minta kerja daripada sesiapa sampai perlu tunjukkan semua vitae kurikulum (CV) saya. Siapa pun tidak boleh paksa saya dedahkan perkara itu. Ia sangat sulit dan peribadi (P&C). 

“Saya tidak menipu sesiapa dan tidak ada kepentingan untuk menipu. Takkan saya nak bercinta dengan Azri Iskandar sampai nak kena tunjuk habis semua ijazah saya,” katanya. 

Azra terkait dalam isu perceraian Azri Iskandar dengan Ellie Suriaty apabila Azri membuat pengumuan mahu mengahwini dan merisiknya sebelum 23 Jun ini selepas mereka dikatakan bertemu buat kali pertama 29 Mei lalu. - Getaran, 21 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 minggu yang lalu

Zahid AF Kongsi Kisah Duit Dalam Akaun Isteri Lesap

2

Filem & TV 2 bulan yang lalu

 Filem 'Oppa' Bantu PDRM Banteras Jenayah Scam

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Ditipu Individu Menyamar Polis, Suri Rumah Rugi Hampir RM1.5 Juta

4

TARA 4 bulan yang lalu

10 Petunjuk Tawaran Kerja Itu Adalah Scam

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 7 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 19 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar