web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Tapau' Hampir Semua Resepsi Selebriti Terkenal, Fedtri Teruja Diberi Kepercayaan

Sebelum Ramadan dan bulan 'Jejak Rasul' tiba, Fedtri Yahya 'tapau' mengacarakan majlis resepsi selebriti dulu.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2021 8:30AM

Gambar: Twitter @fedtriyahya

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu ini menyaksikan banyak khabar gembira dikongsikan selebriti tempatan apabila mereka telah melangkah ke fasa baru kehidupan sebagai pasangan suami isteri.

Di sebalik keterujaan para peminat melihat selebriti kesayangan mereka bersanding, ramai juga yang tertarik dengan sosok Fedtri Yahya yang selalu dilihat menjadi pengacara majlis resepsi para selebriti tanah air.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berjenaka mengatakan mungkin para selebriti berebut menempah Fedtri sebagai pengacara majlis bahagia mereka.

Tertawa dengan andaian yang diberikan, Fedtri mengaku pernah juga beberapa kali menolak pelawaan mengendalikan beberapa majlis resepsi selebriti memandangkan beliau mempunyai komitmen penggambaran untuk siri rancangan 'Jejak Rasul.'

"Mungkin kerana kesesuaian yang saya bawakan menyebabkan mereka memilih saya. Majlis akad nikah dan persandingan Melayu memerlukan ketertiban serta keindahan bahasa, jiwa dan kesantunan. Jadi betul-betul kena dengan konsep yang saya bawakan.

"Pastinya saya teruja sebab setiap majlis begitu bermakna selain memberi ruang untuk saya berkarya," katanya ketika dihubungi Getaran.

Biarpun sudah bertahan-tahun menjadi pengacara beberapa rancangan di kaca televisyen, namun Fedtri merasakan ia sangat berbeza jika dibandingkan dengan majlis resepsi seperti perkahwinan.

"Ia memerlukan pengacara faham mengenai protokol, pemilihan kata yang tepat dan manis, suara yang lunak dan cermat.

"Ini kerana majlis akad nikah menggabungkan adat dan agama. Biarlah kata-kata kita kedengaran indah di hari bahagia pengantin," tambahnya lagi.

Terdahulu, Fedtri dilihat menjadi sosok penting yang mengendalikan kelancaran majlis resepsi Erni Zakri dan Neelofa yang berlangsung minggu ini. - Getaran, 28 Mac 2021

Semua gambar:  Twitter @fedtriyahya

Isu Pada

Sharifah Sakinah Kalis Peluru

27 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

4

Selebriti 2 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 39 minit yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi medan mengimbau kenangan dan nostalgia bua...

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...