Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


“Saya Rasa Macam Mesin” 5 Perkara Tentang Hiatus BTS

BTS seolah-olah sudah kehilangan identiti beberapa tahun belakangan ini.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2022 1:00PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan terkenal Korea Selatan, BTS beberapa hari lalu mengumumkan 'hiatus' atau berehat seketika daripada melakukan sebarang aktiviti berkumpulan dan memberikan fokus kepada kerjaya solo masing-masing. 

Berita itu disampaikan sendiri kumpulan tersebut ketika sambutan ulangtahun penubuhan mereka dalam satu video yang diberi nama 2022 BTS Festa. Dalam video tersebut, mereka makan sambil berbual sebelum akhirnya mengumumkan bakal berehat seketika daripada aktiviti berkumpulan. 

Berikut beberapa perkara yang peminat perlu tahu mengenai ‘hiatus’  kumpulan terkenal Korea Selatan ini. 

Tidak bubar

BTS tidak bubar, mereka hanya berehat daripada melakukan aktiviti secara berkumpulan untuk memberi fokus kepada kerjaya solo masing-masing. Maka, peminat tidak akan menyaksikan konsert BTS sebagai kumpulan atau penampilan mereka secara berkumpulan dalam satu temu bual. Namun peminat boleh menjangkakan album solo terbaharu mereka. 

BTS seperti hilang arah

Ada banyak sebab yang membawa kepada kata putus ini, antaranya ketua kumpulan itu, RM mendedahkan  BTS seolah-olah sudah kehilangan identiti sejak beberapa tahun belakangan ini. 

“Bermula dari lagu ‘ON’ dan ‘Dynamite’ saya masih rasa kumpulan BTS masih dalam kawalan saya. Namun setelah ‘Butter’ dan ‘Permission to Dance’ saya sudah tidak tahu lagi apakah identiti kumpulan kami. 

Memberi laluan untuk lebih matang

Ahli kumpulan BTS sudah melakukan pelbagai perkara bersama-sama dalam satu tempoh yang panjang. Hiatus ini diperlukan untuk masing-masing meneroka identiti dan kelebihan diri mereka sebagai individu.

RM merasakan ada sesuatu yang perlu diteroka dalam dirinya dan memerlukan masa bersendirian untuk memahaminya. 

“Saya rasa inilah masanya untuk saya menjadi lebih dewasa. Bukan hanya dari segi kemahiran, tetapi juga sebagai seorang manusia. Saya adalah orang yang berbeza jika hendak dibandingkan dengan 10 tahun lalu. Saya memerlukan masa untuk menjadi lebih matang dan dewasa dengan cara yang tersendiri,” katanya. 

Jimin juga mempunyai pendapat serupa. Menurutnya, mereka masing-masing sedang melalui satu fasa sukar pada hari ini kerana semua ahli kumpulan sedang fokus untuk mencari identiti masing-masing.

Manakala Suga turut mendedahkan bahawa belakangan ini, dia sangat sukar untuk menulis lirik. Setiap tulisan yang dihasilkannya terasa seperti dipaksa-paksa.

“Saya perlu menulis lirik tentang perasaan saya secara peribadi. Namun sekarang, saya rasa seolah saya hanya ‘memaksa’ tulisan itu keluar. Memang sangat sukar,” katanya.

“Kami sudah melakukan banyak aktiviti secara berkumpulan dalam tempoh masa yang lama. Saya sudah mula merasakan yang saya macam mesin. Sedangkan saya sendiri mempunyai hobi  dan perkara yang saya nak buat sendiri,” dedah Jin pula dalam video itu.

Identiti dalam nyanyian

Mereka menyedari bahawa setiap ahli kumpulan mempunyai kecenderungan nyanyian, selera muzik serta hobi masing-masing. Tempoh hiatus ini akan memberikan mereka ruang untuk menawarkan lebih banyak karya yang mewakili diri mereka sebagai individu.

“Bila orang sebut BTS, mereka akan kata ‘oh wow’. Tapi sebenarnya, mereka tak kenal pun siapa ahli di dalam BTS. Sebagai seorang penyanyi, saya rasa sangat penting bagi kami  menunjukkan siapa diri kami yang sebenar melalui muzik dan persembahan  tersendiri. Jadi, mulai hari ini kami masing-masing akan fokus untuk album solo,”celah RM.

“Saya pernah katakan ini kepada ahli kumpulan yang lain. Saya rasa kita perlu masa untuk fokus kepada diri masing-masing dan kembali bersama semula nanti. Waktu ini sangat penting dan semoga peminat tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang negatif,” kata J-Hope.

“Kami tidak bubar,” tegas Suga.

ARMY memahami

Kelab peminat iaitu ARMY terkejut dengan berita itu dan memberikan aksi yang pelbagai. Ada yang kecewa namun rata-rata memahami dan tetap memberikan sokongan kepada kumpulan itu. Laman Twitter dibanjiri kata-kata semangat untuk kumpulan itu.

“Tidak ada yang berubah di atas dunia ini iaitu BTS dan ARMY,” tulis satu komen.

“Kami sentiasa bersama kalian. Terima kasih kerana wujud dalam hidup saya,” kata pengguna yang lain.

Minggu lalu, BTS sempat hadir dengan lagu 'Yet To Come' (The Most Beautiful Moment)  dari album ‘Proof’. Sebelum hiatus, mereka dijadualkan bakal membuat persembahan lagu terbaharu mereka minggu ini. - Getaran, 16 Jun 2022

Sumber Gambar: Soompi

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 bulan yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Kemenangan Korea Selatan Ke Atas Australia Bukan Balas Dendam - Son

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Penalti 4 - 2 Bantu Korea Selatan Singkir Arab Saudi

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Keputusan Seri Dengan Korea Selatan Tidak Dapat Padam Kekecewaan Kami - Faisal Halim

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 22 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN

Budaya 18 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar