Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Alami Gangguan Mental, Luna Maya Dedah Pengalaman Sejarah Hitam 

Luna yang mengalami Post Power Syndrome mengambil masa bertahun-tahun untuk menerima keadaan dirinya pada waktu itu sekali gus untuk berdamai dengan perasaannya sendiri.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 2:06PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak mudah menjalani kehidupan apabila nama dan wajah dicanang dengan tohmahan selama berhari-hari. Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya pernah melalui detik-detik hitam itu 12 tahun lalu apabila terpalit dengan kes video panas yang memusnahkan kariernya dalam sekelip mata.

Dalam sebuah video  bertajuk 'Curhat Bang Denny Sumargo' di laman YouTube yang dimuat naik tiga hari lalu, Luna sempat menceritakan perasaan dan pengalamannya menjalani hari-hari penuh likunya pada waktu itu.

“Waktu itu saya tidak dapat apa-apa tawaran kerja. Jadi saya berniaga jual beg. Saya pernah berfikir tidak akan ada lagi di dunia hiburan ini. 

“Saya sempat mengalami Post Power Syndrome iaitu satu keadaan  di mana kita merasakan pernah berada di tahap yang tinggi, kemudian kita kehilangannya. Dulu saya pernah jadi seseorang yang dipuja, tapi sekelip mata sudah berada di bawah. Tidak ada yang memuja saya lagi. Saya jadi binggung,” cerita Luna. 

Terkejut dengan keadaan itu, Luna mengakui tidak mudah untuk menerima keadaan dirinya pada waktu itu sehingga memerlukan masa bertahun-tahun untuk berdamai dengan perasaannya sendiri.

“Sudah setahun saya tidak kerja tiba-tiba akhirnya saya menerima tawaran untuk muncul semula di kaca televisyen. Cuma kalau dulu dibayar dengan harga sepuluh, kini saya dibayar dengan harga lima. 

“Tapi saya terima saja kerana imej saya juga sudah rosak pada waktu itu. Iklan saya juga semuanya hilang. Boleh dikatakan saya bermula dari sifar perlahan-lahan sehingga ke hari ini. Jujurnya, saya merasakan seperti dilahirkan semula.

Namun begitu, pelakon 'Sabrina' itu merasakan jika sejarah hitam itu tidak menimpanya 12 tahun yang lalu, dia tidak akan menjadi seorang Luna yang lebih bijak seperti hari ini. 

“Dulu saya masih muda, masih banyak yang tidak saya fahami. Namun, hidup ini kita jalani saja. Ada hari sedih, jatuh, namun esok kita bangkit lagi. Ternyata hidup ini adalah kitaran. Kalau saya tidak ketawa hari ini, mungkin esok saya ketawa. Kalau masih juga belum ketawa hari ini, bulan depan pasti saya ketawa. Semua pasti ada hujungnya.

"Terima kasih Tuhan kerana memberikan saya jalan hidup yang bermacam-macam. Pengajaran dari sekolah kehidupan ini memang berharga,” ceritanya.

Terdahulu, Luna dikaitkan dengan jenayah penyebaran video lucah apabila videonya bersama-sama vokalis Peterpan, Ariel diperdagangkan di beberapa tempat termasuklah Malaysia pada tahun 2010. 

Namun begitu, Ariel didapati bersalah mengedar video berkenaan dan menjalani hukuman penjara selama tiga tahun dan enam bulan.

Luna pada ketika itu menghilang daripada dunia hiburan selama beberapa tahun. - Getaran, 3 Jun 2022

Sumber foto: YouTube

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Fasha Sandha Masih Berguru Dengan Fauziah Nawi Biarpun Sudah 20 Tahun Bergelar Pelakon

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Bella Astillah Dedah Aktres Jelita 'Berani Mati' Mengaku Suka Pada Suaminya

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

“Cukup Menjadi Bermanfaat Buat Manusia, Menjadi Baik Itu Urusanmu Dengan Pencipta” Netizen Puji Keperibadian Fazura

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Di Rumah, Deepika Seorang Suri Rumah Tangga Yang Tipikal - Ranveer Singh Kagum Dengan Isterinya 

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 17 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran