Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Adi Putra Didakwa Miliki Kekayaan RM21.9 Juta

Adi Putra menganggap segala kekayaan yang dimilikinya adalah pinjaman daripada Yang Maha Kuasa.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2022 4:25PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan usahawan Datuk Adi Putra enggan dilabelkan sebagai jutawan selepas dikatakan memiliki kekayaan mencecah sehingga AS$5 juta bersamaan RM21.7 juta seperti yang dilaporkan sebuah portal.

Pemilik nama sebenar Mohamed Hadi Putera bin Halim itu menganggap segala kesenangan yang diperolehnya hari ini hanyalah sekadar pinjaman Allah semata-mata. 

“Angka tersebut diberikan oleh orang. Ia boleh jadi lebih dan kurang. Namun, ia hanya angka, apa yang lebih penting ialah hala tuju kita sebagai hamba. Saya hanya meminjam daripada-Nya sahaja.

“Kalau boleh janganlah gelar saya jutawan. Saya lebih selesa bergerak di belakang tabir. Ada sesetengah pihak yang menunjukkan kemewahan mereka di laman sosial. 

Namun saya lebih selesa di belakang tabir kerana ada banyak bidang yang ingin saya ceburi. Kalau saya berhenti berlakon, ada yang akan merindui,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis pelancaran filem 'Air Force The Movie Selagi Bernyawa' di Pangkalan Udara Subang.

Selain berlakon, Adi juga aktif mengusahakan perniagaan pakej umrah Hadid Travel & Tour sejak tahun 2013 dengan niat untuk membantu seramai mungkin orang mengerjakan ibadah umrah di tanah suci.

“Jika kita mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita. Itulah bermulanya niat karier saya dalam bidang perniagaan.

“Semoga lebih ramai yang boleh sampai ke tujuan dan destinasi mereka bagi menunaikan umrah. Selagi ada kaabah selagi itu urusan umrah perlu dikerjakan,” tambahnya.

Bukan itu sahaja, Adi juga dikatakan bergiat aktif dengan kerja-kerja kebajikan dan ringan tangan menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan.

“Saya rasa bersyukur dan berterima kasih kepada orang tua saya dan mereka yang menyampaikan berita itu. 

“Tidak perlu saya hebahkan kerana ternyata pengantara itu sudah ada. 

“Sebagai figura awam saya tidak boleh lari daripada pemerhatian orang. Sekurang-kurangnya itulah yang boleh saya lakukan. Betul saya nak memberi kepada masyarakat dengan cara ini, orang lain, lain caranya,” katanya menutup bicara.

Terdahulu, Adi pernah tersenarai sebagai selebriti yang mempunyai kekayaan lebih dari AS$1 juta pada tahun 2017/2018 sekali gus tersenarai sebagai 10 selebriti terkaya di Malaysia. - Getaran, 2 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Usahawan 1 minggu yang lalu

K-Drama Jadi Inspirasi Hasilkan ‘IdaOn Sos Korea’

2

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Susuk Tubuh Yang Tinggi Curi Tumpuan Jemaah Umrah

3

Video & Galeri 4 minggu yang lalu

Jutaan Umat Islam Menunaikan Umrah Sempena Ramadan

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Sabarlah, Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar...

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 17 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN