web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Demi Jayakan Babak Aksi, Marsha Tak Kisah Lebam Badan 

Demi memastikan aksi yang ditunjukkan di dalam cerita ini menjadi, Marsha mengambil inisiatif mendaftarkan diri ke kelas pertahanan diri serta mengikuti kelas yang dilakukan koreografer.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 8:30AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Komitmen yang diberikan pelakon Marsha Milan Londoh semasa menjayakan setiap babak aksi dalam siri drama terbaharunya wajar diberikan pujian. 

Membawakan watak Didi dalam Drama bersiri 'Seribu Nina', inilah kali pertama Marsha melakonkan babak aksi walaupun sudah dua dekad berkecimpung dalam dunia lakonan tanah air. 

“Saya selalunya akan bawa watak komedi. Namun, saya gembira diberikan peluang untuk melakonkan watak Didi kerana ia menemukan saya dengan sisi karakter yang berbeza. Ia juga sebuah platform yang baik untuk saya meluaskan lagi portfolio lakonan saya,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media drama 'Seribu Nina' baru-baru ini.

Demi memastikan aksi yang ditunjukkan di dalam cerita ini menjadi, Marsha mengambil inisiatif mendaftarkan diri ke kelas pertahanan diri di samping mengikuti kelas yang dilakukan koreografer.

“Memang mencabar untuk ingat setiap gerakan. Sebab itulah saya usaha sendiri untuk ambil kelas tambahan dengan koreografer untuk memastikan babak yang saya lakonkan akan benar-benar menjadi dan ganas. Sedar-tak sedar badan saya sudah biru, lebam. Sakit badan itu perkara biasa,” ceritanya lagi. 

Tidak cukup dengan itu, Marsha juga mendapatkan rawatan akupuntur selesai penggambaran babak aksi untuk memastikannya sentiasa bertenaga.

“Saya beberapa kali juga buat rawatan akupuntur untuk pastikan tenaga saya sentiasa sama mengalir,” katanya.

Ditanya adakah Marsha bersedia jika menerima tawaran melakukan babak aksi selepas ini, wanita asal Sabah ini teruja. 

“Saya memang berani untuk lakukannya cuma tak banyak peluang yang diberikan kepada saya. Bila sudah menjayakan 'Seribu Nina',  saya merasakan ia sesuatu yang baru dan menarik untuk saya. Tak salah kalau saya nak cenderung ke genre yang lain,” tambahnya lagi. 

Drama bersiri arahan Umi Salvana Omar itu menceritakan tentang Amar lakonan Syafiq Kyle yang sudah bercinta dengan kekasihnya Nina lakonan Adriana Adnan selama tiga tahun namun sering menunda lamaran. 

Suatu hari Nina diculik oleh seorang lelaki misteri yang membawanya ke dimensi yang lain. Maka bermulalah pengembaraan Amar dan Didi untuk mencari di manakah Nina yang sebenar.

Drama 10 episod ini ditayangkan pada setiap hari Khamis di platform VIU. - Getaran, 24 Mei 2022 

Gambar: VIU

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Hening Rindu Kesinambungan Kisah Lelaki Itu Dalam Lagu

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang