web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Netizen Tertungu-Tunggu Baju Raya Che Ta Setiap Hari

Sejak 1 Syawal lalu, netizen menantikan busana yang akan digayakan oleh Rozita Che Wan dan keluarga setiap hari

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2022 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti popular yang juga bekas wajah TARA, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta dilihat kembali melaram untuk lebaran kali ini. 

Selepas dua tahun tidak dapat beraya gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun ini Che Ta seakan membalas dendam apabila muncul dengan busana penuh glamor bermula dari 1 Syawal yang lalu.

Malah netizen tertunggu-tunggu setiap hari untuk melihat busana serta warna apa yang akan dipakai Che Ta sekeluarga sepanjang Syawal.

Lebih meriah apabila tahun ini Che Ta dapat beraya di banglo mewahnya buat pertama kali selepas beberapa tahun tertangguh gara-gara ditipu kontraktor. 

Biarpun seluruh Malaysia terpaksa beraya dalam keadaan terkejut gara-gara pengumuman Hari Raya Aidilfitri yang lebih awal, namun Che Ta tetap muncul penuh glamor dan lengkap serba serbi.

Syawal pertama Che Ta sekeluarga tampil memakai busana berwarna hijau rekaan pereka fesyen kesayangannya Rizman Ruzaini.

Syawal kedua pula mereka sekeluarga tampil bak keluarga diraja apabila menyarung busana berwarna kuning diraja rekaan Fizi Woo.

Raya ketiga pula Che Ta memilih untuk memakai busana penuh glamor sarat perincian berwarna biru bak gaun Cinderella yang juga rekaan Rizman Ruzaini.

Syawal keempat pula Che Ta memilih untuk memakai busana tradisional berwarna jingga pinang masak rekaan pereka fesyen yang juga sahabat baiknya iaitu Man Kajang. 

Biarpun Che Ta merahsiakan berapa pasang bajunya untuk raya tahun ini, namun yang pasti Instagramnya pasti menjadi halwa mata buat mereka yang menantikan untuk melihat busana hari lebarannya. – Getaran, 6 Mei 2022.

Foto : Instagram Rozita Che Wan

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

3

Gaya 2 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Kek Secret Recipe Diterjemah Menjadi Busana Melayu Tradisional

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 21 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN