web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Raya Terakhir Bergelar ‘Solo’, Sweet Qismina Hargai Masa Dengan Mama

Ditanya perasaan meraikan lebaran terakhirnya bergelar solo, pelakon ‘Bidadari Salju’ itu tersipu malu.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2022 11:28AM

Gambar: Instagram Sweet Qismina

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bakal mengakhiri zaman solonya pada tahun ini, pelakon Sweet Qismina mengakui lebih menghargai setiap detik yang diluangkan bersama ibu tercinta sebelum bergelar seorang isteri tidak lama lagi.

Pemilik nama sebenar Farhanna Qismina Supandi itu juga merasakan lebaran kali ini sangat istimewa kerana mereka sekeluarga akhirnya berpeluang pulang ke kampung halaman bagi meraikan Aidilfitri selepas dua tahun akibat pandemik.

“Sangat teruja kerana inilah pertama kali kami dapat beraya di kampung kami di Johor setelah dua tahun. Persediaan kami sederhana sahaja memandangkan saya sangat sibuk bekerja dan masih menjalankan sesi penggambaran. Maklumlah, kita pun baru sahaja dibenarkan bekerja. 

“Namun begitu, saya sangat bersyukur kerana banyak rezeki yang Allah berikan kepada saya tahun ini,” katanya ketika ditemui Getaran baru-baru ini.

Memilih hijau sebagai warna tema mereka sekeluarga tahun ini, Sweet yang baru sahaja dilantik menjadi duta produk kecantikan Nano White mengambil semangat daripada warna jenama itu.

“Tema kami hijau, alang-alang sudah dilantik sebagai duta, kan!” katanya sambil ketawa.

Ditanya perasaan meraikan lebaran terakhirnya bergelar 'solo', pelakon ‘Bidadari Salju’ itu tersipu malu.

“Kalau ikutkan, tahun ini memang saya banyak luangkan masa dengan keluarga terutamanya dengan mama saya. 

“Adam juga sama, dia memang luangkan masa dengan keluarga. Bagi kami masing-masing kena betul-betul menikmati masa dengan keluarga memandangkan tahun hadapan kami sudah ada keluarga sendiri pula,” katanya yang masih lagi merahsiakan tarikh pernikahannya.

“Insha-Allah, tarikhnya nanti saya akan kongsikan di media sosial saya,” katanya.

Sweet Qismina dan Adam Lee mula bercinta sejak drama 'Adam Chempaka' yang ditayangkan tahun 2019.

Setelah tiga tahun menjalin kasih, pada Oktober tahun lalu, pasangan ini mengumumkan mengikat tali pertunangan menerusi sebuah hantaran di Instagram masing-masing. - Getaran, 4 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Menghitung Rahmat Dan Bahagia Di Aidilfitri

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN