web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siti Nurhaliza Menangis Di Depan Kaabah, Rindu Jadi Orang Biasa

Nikmat dapat duduk beramai-ramai di antara ribuan manusia tanpa diri dikenali adalah pengalaman yang tidak ternilai buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sehingga dia mengalirkan air mata di hadapan Kaabah.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2022 11:35AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan sebak tatkala berkongsi pengalamannya menunaikan umrah di hadapan Kaabah.

Dalam video yang dikongsikan di akaun Instagramnya, Siti berkata dia rindukan saat diri menjadi insan biasa yang tidak dikenali sesiapa.

“Seronoknya saya dapat kongsi dengan anda semua pemandangan di depan Kaabah, suasana di Makkah ini.

Ini yang saya rindu sebenarnya. Saya jadi orang biasa, saya dapat duduk macam ni. Saya dapat duduk dengan orang-orang biasa macam ni. Buatkan saya jadi manusia yang sekecil-kecilnya. 

Saya duduk ramai-ramai macam ni orang tak kenal saya pun. Dan masing-masing tengah berdoa. Doa yang terbaik. Semua berebut. Ini yang sangat-sangat saya rindu sebenarnya," katanya sambil menangis. 

Siti juga memanjatkan kesyukuran kerana diizinkan suami untuk menunaikan umrah biarpun suaminya tidak dapat turut sama. 

“Disebabkan suami izinkan jadi saya datang. Biarpun berat hati nak tinggalkan anak tapi saya tahu Allah jaga anak saya,” kongsinya. 

Dipengakhiran video itu, Siti turut memohon maaf kerana terlebih emosi kerana itulah lumrah seorang ibu tatkala berjauhan dari anak-anak tersayang. 

Semoga Datuk Sri Siti Nurhaliza dikurniakan ibadah umrah yang maqbul dan dipermudahkan segala urusan. - Getaran, 29 April 2022.

Gambar: Instagram

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Haji: Pneumonia Penyakit Utama Dikesan, Petugas Perubatan Hadapi Fasa Getir Menjelang Masyair

2

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

4

Semasa 11 bulan yang lalu

11 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Setakat Ini

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN