web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Helmi Gimmick Masih Wujud Biarpun 15 Tahun Tak Keluar TV

Pernah popular dengan rancangan Famili Ceria satu ketika dahulu, namun nama Helmi Gimmick tiba-tiba hilang dari radar hiburan arus perdana tanah air. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2022 2:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti serba boleh, Helmi Gimmick masih wujud biarpun sudah 15 tahun tidak muncul di kaca televisyen.  Kira-kira 20 tahun dulu, Helmi yang kini berusia 62 tahun pernah popular menerusi program hiburan kekeluargaan iaitu Famili Ceria dan membintangi beberapa buat filem seperti Mr Cinderella. 

Helmi juga merupakan penghibur pentas dan banyak menerima undangan untuk menjadi penghibur dan pengacara untuk acara tertutup. 

Getaran berkesempatan bertemu Helmi baru-baru ini di majlis berbuka puasa anjuran syarikat produk kesihatan Smart Bio Golden Remedy di mana dia telah dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah. 

Menurut Helmi, kehilangannya selama 15 tahun dari kaca televisyen bukan kerana keengganannya untuk muncul, tetapi tiada tawaran yang menjengah. 

“Saya tidak hilang saya masih ada. Saya lebih fokus kepada acara hiburan makan malam, parti tertutup, parti korporat berbanding dengan muncul di arus perdana. Saya juga melakukan sesi kaunseling, kursus motivasi serta latihan keusahawanan selama 15 tahun tidak muncul di kaca televisyen,” katanya. 

Mengulas lanjut mengenai perlantikannya sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat Smart Bio, kata Helmi dia bakal memikul tanggungjawab sebagai pengarah pemasaran. 

“Saya bukan duta seperti yang banyak anda lihat di papan iklan di tepi jalan. Saya melibatkan diri dalam perniagaan ini. Sebagai seorang artis yang mempunyai nama terutamanya buat mereka yang sudah bertahun berada dalam industri, saya cadangkan mereka untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan.

Sebagai contoh penyanyi, bila meningkat usia, tawaran nyanyian pun makin berkurang. Kita tak boleh salahkan masyarakat. Tetapi nama anda masih ada. Nama anda masih boleh dipakai, populariti anda masih boleh diguna. Sekarang ini zaman media sosial. Para artis ini perlu keluar dari kepompong mereka dan ceburkan diri dengan dunia perniagaan,” ujarnya. 

Pada tahun 2019, Helmi telah mendapat pengiktirafan apabila dianugerahkan gelaran Doktor dari Universiti Sebi berdasarkan pencapaian dalam bidang pemasaran selama 20 tahun.

Doktor anugerah ini bukanlah Doktor yang yang diberikan seperti doktor falsafah lain yang belajar di Universiti. Tetapi diberikan berdasarkan pencapaian dalam bidang tertentu. Saya memang aktif dalam bidang pemasaran selama 20 tahun. Jadi nama saya telah dicalonkan pada tahun 2019 dan Alhamdulillah nama saya terpilih untuk menerima anugerah ini pada 29 November 2019.

Tetapi sejak tahun 2019 sehingga 2022 saya tidak gunakan gelaran Doktor ini kerana saya tidak mempunyai platform yang saya rasakan sesuai untuk membawa gelaran ini. Takkan saya pergi ‘show’ orang nak panggil saya Doktor. Tak sesuai macam tak kena sahaja. 

Alhamdulillah bila saya dilantik menjadi ahli lembaga pengarah untuk syarikat ini, saya rasa inilah masa yang sesuai untuk saya menggunakan gelaran Doktor itu,” jelasnya. - Getaran, 27 April 2022.

Gambar: Helmi Anuar Mengunakan IPhone 13 Pro

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Hospital Kerajaan Kekurangan Peralatan, Bekalan Penting

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Doktor Rugi RM100,000 Diperdaya Sindiket Macau Scam

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Suami Merajuk Sebab Terlalu Sibuk? - Elly Mazlein Jawab Spekulasi Ramai Tentang Isu Rumah Tangganya

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN