Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kenali Kowachee, 'Rapper' Termuda Negara!

Kowachee memegang rekod sebagai artis termuda Def Jam Malaysia pada usia 12 tahun.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2021 8:50AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebelum bergelar penyanyi, Kowachee atau dengan nama sebenarnya Putri Amani bermula sebagai Atlet PELAPIS Selangor untuk sukan gimnastik artistik pada usia hanya empat tahun dan mewakili negeri tersebut sehingga berusia lapan tahun. 

Dia kemudiannya secara rasmi memulakan karier sebagai penari, yang membawanya ke banyak acara muzik, lantas menjadikannya wajah yang popular dalam beberapa rancangan TV sebelum dinobatkan sebagai Juara Ceria Megastar tahun lalu.

Selain Ceria Megastar Kowachee pernah tampil membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu 33 (#AJL33), Bintang Bersama Bintang 2019 dan Gegar Vaganza 2019. Sehingga hari ini, pengikutnya di Instagram sudah pun mencecah hampir 70 ribu pengikut (saat artikel ini ditulis).

Keperibadiannya yang ceria berserta kemahiran menari yang lincah menjadikan Kowachee sangat disukai di hampir semua laman media sosialnya. 

Perkembangan terbaharu, penghibur kecil berbakat besar ini amat teruja menyambut tahun 2021. Mana tidaknya, baru menginjak usia 12 tahun, Kowachee sudah dilamar oleh rumah rakaman urban ternama, Def Jam Malaysia!

Berdiri sama tinggi dengan Yung Raja dan SonaOne, Kowachee adalah artis rakaman paling muda yang pernah ditandatangani oleh Def Jam Malaysia, sekali gus bergelar sebagai rapper paling cilik di industri muzik tempatan. 

“Pada tahap profesional, Kowachee adalah artis rakaman termuda yang pernah bekerjasama dengan kami. Saya masih terfikir betapa berbakatnya dia. Hanya beberapa orang sahaja yang dilahirkan untuk menjadi penghibur dan Kowachee adalah salah seorang daripadanya,” kata Bryan B, penerbit muzik terkenal yang pernah bekerjasama dan menghasilkan muzik untuk Fazura dan De Fam.

Tahun 2021 ini menandakan satu lagi peristiwa bermakna buat Kowachee dengan pelancaran lagu debutnya, ‘Pap Tapom.’

Lagu ini digarap dan dituliskan oleh Bryan B bersama Sophia Liana, salah seorang ahli kumpulan De Fam.

Sophia selaku mentor kepada Kowachee menambah, mereka ingin menghasilkan lagu yang sesuai dengan usia Kowachee, “Kami mahu lagu ini menjadi sesuatu yang menyeronokkan, yang dapat anda nikmati dan yang paling penting, mencerminkan tenaga Kowachee yang bersemangat.”

Kowachee dengan terujanya berkata, “Kebanyakan peminat mengenali saya sebagai penari dan penyanyi, tetapi sebenarnya saya juga suka rap, sebanyak mana saya suka menari dan membuat persembahan di atas pentas.”

“Kami memutuskan untuk memilih ‘Pap Tapom’ sebagai lagu pertama kerana muziknya mengingatkan saya pada satu permainan yang biasa kita mainkan dengan tangan ketika kecil. Ia juga kedengaran seperti langkah-langkah yang kita lakukan ketika kita menari,” jelasnya.

Tambahnya, “Saya amat berterima kasih kepada Universal Music Malaysia dan Def Jam Malaysia kerana mempercayai saya. Terima kasih juga untuk semua usaha keras yang dilakukan oleh semua orang untuk diri saya yang masih kecil ini.”

“Saya harap semua orang, khususnya pendengar akan menyukai lagu baharu saya sepertimana saya suka membikinnya bersama Uncle Bryan dan Kak Sophia!” akhiri Kowachee teruja. 

‘Pap Tapom’ boleh didengari di semua pelantar digital Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Youtube dan Deezer.

Semua gambar: DEF JAM MALAYSIA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Budaya 18 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 21 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 10 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran