web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nikki Palikat Mahu Hasilkan Single Lagu Dansa EDM Dangdut 

Nikki juga mengakui ramai dapat melihatnya dalam sisi yang berbeza apabila dia membawakan lagu balada penuh emosi seperti 'Sudah'. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2022 1:00PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jiwa Nikki Palikat memang cukup sebati dengan lagu-lagu bernuansa dansa dan sejak membuat kepulangan semula di dalam industri muzik dan rakaman selepas muncul dalam program Gegar Vaganza Musim 8, dia mahu terus menghasilkan lagu-lagu sebegitu.

“Datuk Ramli MS pun beritahu bahawa saya ini penyanyi lagu dansa. Jadi, saya harap saya akan dapat mengeluarkan sebuah single lagu dansa yang dapat menonjolkan identiti.

“Memandangkan lagu dansa juga sudah melalui evolusinya, saya kira sekarang ini saya cukup suka dengan EDM Dangdut yang ketika ini sedang menular dan mempengaruhi bakat-bakat BBNU.

“Memang ada yang mengeji EDM Dangdut yang cuba mereka bawakan itu dengan menganggap mereka berbuat begitu kerana mahu menutup vokal dan nyanyian mereka yang tidak seberapa. Tapi, bagi saya ia bukanlah suatu kelemahan sebenarnya tapi satu kreativiti,” kata pemilik nama sebenar, Nicolette Louisa Palikat ini. 

Menurut Nikki, 37, andai single EDM Dangdut itu jadi nyata, dia mahu mencorakkan lagu tersebut mengikut acuannya sendiri. 

“Maksudnya, saya mahukan EDM Dangdut sebagai muziknya tapi saya juga mahu ia diseimbangkan dengan vokal saya.

“EDM Dangdut adalah suatu muzik yang cukup semasa dan sebagai penyanyi adakalanya kita juga perlu melakukan sesuatu untuk mengikut keadaan semasa itu,” katanya kepada Getaran. 

Anak saudara kepada penyanyi folk Sabah, Jimmy Palikat ini bagaimanapun mengakui bahawa single 'Sudah' yang kini sedang hangat di pasaran adalah sebuah single yang cukup bagus. 

“Sebelum ini, saya tidak pernah keluarkan lagu balada yang begitu emosi. Jadi, apabila membawakan lagu ini, orang dapat melihat saya dalam sisi yang berbeza,” katanya. 

Sehingga saat ini, penyanyi Nikki Palikat masih tidak tahu mengapa dia yang menjadi pilihan label Indigital Music untuk menggantikan tempat  Allahyarham Siti Sarah Raisuddin  bagi membawakan ciptaan Naim Daniel itu. 

“Apa yang saya tahu mereka datang berjumpa saya di peringkat awal GV8 dan ketika itu saya diberitahu tentang kisah di sebalik lagu ini. 

“Lagu ini ditulis Naim Daniel buat Siti Sarah dan Naim pula bukanlah seorang yang cenderung menulis lagu untuk penyanyi lain. Jadi bermakna lagu itu memang dibuat khusus untuk arwah Siti Sarah. Saya faham tentang dua perkara ini. 

“Kemudian, versi demo yang saya dapat adalah versi Irwan Simajuntak kerana dia yang menjadi produser untuk lagu ini. 

“Versi nyanyian arwah, saya dengar hanya sekali sahaja untuk mengetahui bagaimana tenaganya dalam menyampaikan lagu itu. 

“Itu pun hanya menerusi audio sahaja dan saya cuba untuk tidak terpengaruh dengan versinya dan mahu menyampaikan dengan perspektif saya sendiri,” katanya.

Menjayakan rakaman 'Sudah' benar-benar satu pengalaman yang sarat dengan gelora emosi buat Nikki. 

“Bukan disebabkan feel lagu itu semata-mata tetapi juga apabila mengingati saat-saat bersama dengan arwah Siti Sarah. Di awal kemunculan, kami selalu naik bas sama-sama menjayakan konsert jelajah ABP dan beberapa show lain. 

“Adakalanya teringat juga sikapnya yang ramah, mesra dan gila-gila itu. Sebab itulah saya cukup sebak waktu menyampaikan lagu ini di hari pelancaran.

“Saya dapat rasa kehadiran arwah pada ketika itu dan menambahkan lagi emosi apabila Shuib sendiri menghantar DM kepada saya untuk kita sama-sama mencapai hasrat arwah membawakan lagu 'Sudah' ini sampai ke AJL,” katanya. 

Isteri kepada komposer Audi Mok ini juga gembira dengan penerimaan peminat seni terhadap lagu 'Sudah' yang dinyanyikannya itu. 

“Ramai yang kata lagu itu bagus dan ia memang sebuah lagu AJL. Paling menghiburkan apabila melihat ramai yang membuat cover lagu ini dengan pelbagai versi,” katanya. - Getaran, 20 April 2022 

Gambar: Indigital Music 

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Walau Konsert Terpaksa Ditangguhkan, Hael Husaini Hadiahkan Peminat Dengan ‘Sayang Do You Love Me?’

2

Indie 3 tahun yang lalu

Eksperimentasi Muzik Benzooloo Dalam 'Timbang Seni'

3

Muzik 3 tahun yang lalu

“Semua Pernah Bercinta...” Syahmi Irfan Pertaruh Lagu Ciptaan Sendiri, ‘Lagi-Lagi Sayang’

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Kenapa Rapper Yonnyboii Luah Rasa ‘Kecewa’ Selepas Menang AIM23? 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN