web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siti Nurhaliza Di Tangga Ke-27 Dunia, Tewaskan Celine Dion

Dalam senarai yang dikeluarkan oleh The Artist Museum, nama Datuk Seri Siti Nurhaliza berada di tangga ke-27 sebagai penyanyi yang paling banyak menerima anugerah di dunia.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Apr 2022 12:03PM

Gambar: Instagram @ctdk

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat terus mencipta kejayaan tahun demi tahun. Terbaharu, nama beliau tersenarai dalam carta penyanyi yang paling banyak menerima anugerah di dunia.

Lebih membanggakan, Siti berada di kedudukan ke-27 dalam senarai yang membariskan 50 penyanyi dari serta dunia yang dikeluarkan oleh akaun Twitter, The Artist Museum.

Dengan jumlah anugerah sebanyak 329, Siti telah menewaskan beberapa nama besar lain seperti Celine Dion yang menduduki tangga ke-33, Selena Gomez di tangga ke-37, Alicia Keys di tangga ke-38, Christina Aguilera di tangga ke-44 dan Jennifer Lopez di tangga ke-47.

Jika dilihat dari segi jumlah anugerah yang diterima, Siti berkongsi jumlah yang sama dengan penyanyi dari Filipina iaitu Nora Aunor yang menduduki tangga ke-26.

Sementara itu artis yang paling banyak menerima anugerah sepanjang zaman pula ialah Raja Pop dunia iaitu mendiang Michael Jackson dengan jumlah 1003 anugerah. 

Beyonce pula menduduki tempat kedua dengan 896 anugerah. Manakala Taylor Swift pula berada di tempat ketiga dengan jumlah anugerah sebanyak 867.

Kumpulan K-pop terkenal, BTS pula mengharumkan nama negara mereka apabila berjaya meletakkan diri dalam kelompok lima teratas apabila berada di kedudukan keempat carta dengan jumlah anugerah sebanyak 784. 

Manakala di kedudukan kelima pula menjadi milik Justin Bieber dengan jumlah anugerah sebanyak 720.

Menyingkap kembali sejarah kejayaan Siti Nurhaliza, beliau mula menceburkan diri dalam arena seni muzik pada tahun 1995 dengan menyertai pertandingan Bintang HMI. 

Selepas berjaya menjadi juara, Siti terus dilamar untuk menjadi penyanyi rakaman. Lagu dari album pertamanya iaitu ‘Jerat Percintaan’ telah berjaya memenangi pertandingan Juara Lagu sekali gus menjadikan beliau sebagai antara pemenang paling muda yang meraih kejayaan itu. 

Sejak dari itu, nama Siti tidak pernah tercicir dari membawa pulang sebarang anugerah yang disertainya. Antara anugerah yang paling banyak dimenanginya ialah Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) iaitu sebanyak 13 kali dan Vokal Wanita Terbaik Di Dalam Album Anugerah Industri Muzik (AIM) sebanyak 13 kali. 

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza di atas kejayaan yang membanggakan negara ini. 

Semoga terus mengharumkan nama Malaysia dengan karya-karya yang unggul. - Getaran, 8 April 2022

Gambar : Instagram Siti Nurhaliza & Twitter

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Bagi Maklum Balas Terhadap Saranan Mufti Pulau Pinang

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 3 jam yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Muzik 1 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Malam itu, "For You Nourul" bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah perjalanan yang meraikan ketabahan, kesetiaan dan kecintaan seorang penyanyi terhadap du...