web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zaman Sekarang Buat Konsert Tak Perlu Lompat-Lompat - Datuk Hattan 

Buat julung kalinya, Datuk Hattan bakal jayakan konsert solo berskala besar pertamanya di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre pada 4 dan 5 Jun 2022.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2022 3:00PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sepanjang 35 tahun penglibatannya sebagai penyanyi rakaman dalam industri muzik tanah air, Datuk Hattan telah membuktikan bahawa dia adalah antara penyanyi lelaki terbaik tanah air yang memiliki kelasnya tersendiri. 

Memiliki kelebihan dari segi vokal blues soul tersendiri yang sukar ditiru mana-mana penyanyi lain beserta dengan attitude ranggi dan aksi persembahan yang penuh impak dan stail, rocker legenda ini buat julung kalinya bakal mengadakan konsert solonya yang berskala besar sepanjang kerjaya nyanyiannya sejak 1987. 

Dianjurkan Mewah Event Management (MEM), Konsert Hattan - '35 Years Journey' yang bakal diadakan di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre pada 4 dan 5 Jun 2022 bermula jam 8 malam.

Hattan bakal mempersembahkan 22 lagu termasuk lagu hit seperti 'Memburu Rindu', 'Dari Kekasih Kepada Kekasih', 'Rendang Tak Berbuah', 'Mahligai Syahdu', 'Meniti Perjalanan', 'Berikan Nurbisa', 'Hitam Bukan Impian', 'Biso Bonar', 'Sambar Apa Saja', 'Dia', 'Gadis Jolobu' dan lain-lain. 

Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin berkata, dia bersama MEM sudah merancang konsert ini dua tahun lalu, namun tergendala akibat penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Februari 2020. 

“Ini bukan sekadar konsert saja, tetapi mengandungi penceritaan. Dari segi kerjaya itu berkembang, bagaimana lagu ini tercipta dan kenapa lirik itu terjadi. Ia akan saya ceritakan sepanjang konsert itu nanti. 

“Saya memiliki puluhan lagu hits dan kebanyakannya akan saya nyanyikan nanti, namun ada juga akan disampaikan secara medley. Tapi untuk lagu yang betul-betul popular sudah pasti saya menyanyikan keseluruhannya,” katanya.

Konsert ini juga akan mengetengahkan segmen mentor khusus buat Datuk M Nasir di mana Hattan akan menyanyikan lagu-lagu popular nyanyian dan ciptaan komposer legenda itu.

Dalam album solo kelimanya, Mentor yang diterbitkan pada 1994, Hattan pernah merakamkan semula lagu-lagu popular nyanyian dan ciptaan M Nasir seperti 'Kepadamu Kekasih', 'Sekuntum Mawar Merah', 'Gerhana', 'Tiara' dan 'Padang Lalang'. 

“Album itu adalah idea saya di mana saya rakamkan semula lagu-lagu M Nasir yang saya suka. Beliau banyak memainkan peranan terhadap perkembangan karier saya dari dulu hingga sekarang,” katanya. 

Konsert Hattan - '35 Years Journey' ini turut diiringi pemuzik hebat dan berpengalaman pemain keyboard, Rozario yang turut bertindak sebagai Pengarah Muzik, Nan (gitar), Ritz (gitar), Ujang (dram), Fly (bass), Firdaus (keyboard) dan Pa’ang (perkusi). Bahkan, Hattan turut mengundang pemain seruling, Mohar yang akan mengiringinya dalam beberapa lagu. 

“Saya adalah penyanyi yang penuh jiwa. Dalam konsert ini tak perlu nak melompat-lompat. Zaman sekarang tak perlu lagi.

“Kenapa anda perlu datang ke konsert ini? Ini kerana saya akan bagi sesuatu yang saya tahu orang rindu nak tengok sejak dua tahun lalu. Ini juga hadiah daripada saya untuk sahabat dan peminat yang menyokong karier saya sejak 35 tahun lalu,” katanya. 

Bercerita mengenai persiapan konsert, Hattan berkata, dia tidak bimbang kerana kerap mengadakan latihan selain menjaga kesihatan.

“Sebagai penyanyi, latihan atau praktis itu amat penting. Kena menyanyi dengan penuh jiwa dan tak boleh lupa lirik. Alhamdulillah, sejak pelonggaran SOP (prosedur operasi standard) COVID-19, hampir setiap minggu saya mendapat tawaran persembahan. Itu juga satu latihan yang baik,” katanya.

Hattan yang turut aktif sebagai pelakon sudah menghasilkan 11 album studio sejak 35 tahun lalu iaitu 'Nostalgia' (1987), 'Hattan' (1991), 'Antem' (1992), 'Ana Permata Timur' (1993), 'Mentor' (1994), 'Satu Malaya Dah Tahu' (1996), 'Biso Bonar' (1998), 'Aku Dan Mentor' (2000), 'Palestin Jangan Menangis' (2002), 'Masterpiece' (2007) dan 'Inderawala' (2010). 

Selain itu, Hattan juga pernah bersama dengan band FRU (Five Rockers Union) yang menghasilkan album berjudul 'Kelahiran' pada 1988. Beliau juga pernah menjadi penyanyi band Pratayuda menerusi album kompilasi 'War Rock I' pada 1987.

Tiket untuk menyaksikan konsert anjuran MEM yang disokong West Ipoh Span Expressway (WISE) ini boleh dibeli di laman web https://ilassotickets.com/event/hattan-35-years-journey/ dengan harga RM188 (upper tier), RM388 (silver), RM488 (gold), RM788 (diamond) dan RM988 (platinum). 

Gambar: Mewah Event Management

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN