web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nur Fazura Perkenal Aplikasi Gaya Hidup Mukmin Pro 

Pelakon, penyanyi dan usahawan terkemuka, Nur Fazura melancarkan aplikasi telefon pintar berkonsepkan gaya hidup Muslim alaf baru yang dilengkapi dengan penanda arah kiblat, bacaan Al Quran dan banyak lagi.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2022 11:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menyedari kehendak umat Islam dalam menjalani kehidupan yang serba moden ini, pelakon dan usahawan terkemuka, Nur Fazura Sharifuddin telah melancarkan sebuah aplikasi telefon mudah alih yang berkonsepkan gaya  hidup Muslim di alaf baharu yang diberi nama  Mukmin Pro.

“Alhamdullillah, Faz rasa sungguh bersyukur kerana satu lagi impian Faz telah dimakbulkan dengan pelancaran aplikasi #miliksemua ini.

“Mukmin Pro adalah aplikasi telefon mudah alih untuk gaya hidup Islam yang menawarkan pelbagai ciri dan perkhidmatan, menghubungkan umat Islam di seluruh dunia dan mereka yang berminat untuk  mendekati Islam.” ujar beliau.

Antara kelebihan aplikasi Mukmin Pro adalah pengguna boleh mendapatkan pelbagai ciri khas secara  percuma tanpa perlu bimbang kerana data pengguna adalah terjamin selamat. Selain dari itu, Mukmin Pro mempunyai antaramuka atau interface yang lebih fokus dan menarik berlatarkan warna putih dan merah jambu terang, warna yang cukup sinonim dengan Fazura.

Salah satu keunikan aplikasi Mukmin Pro juga adalah ia mengandungi pelbagai video-video Islamik terbaik, sesuai untuk semua peringkat umur yang dikemas kini pada setiap hari dari navigasi video seperti YouTube dan TikTok.

“Apa yang membuatkan Faz lagi kagum dengan aplikasi ini adalah ia turut menawarkan program-program seperti kelas mengaji dan Tahsin Al-Quran, program Wakaf Quran dan juga Infaq makanan  kepada golongan yang memerlukan,” tambah Fazura lagi.

Pengguna Mukmin Pro juga dapat melaksanakan amalan-amalan seperti Qurban dan Aqiqah yang  dijalankan di Mekah al-Mukarramah dengan mudah dengan pakej-pakej yang menarik dan mampu milik.

Selain itu, aplikasi ini turut dilengkapi dengan rangkaian audio bacaan zikir, doa-doa harian dan surah-surah al-Quran, serta waktu solat, Azan dan navigasi Qiblat yang lebih dipercayai. Navigasi masjid-masjid yang berdekatan turut disediakan untuk para Mukmin tidak mengira di mana mereka berada.

Menariknya, logo rasmi untuk aplikasi ini telah dicipta oleh tokoh khat kebangsaan iaitu Firdaus Mahadi.

Aplikasi mudah alih Mukmin Pro kini boleh dimuat turun melalui aplikasi App Store dan Google Play secara percuma. - Getaran, 6 April 2022. 

Gambar: PR, Instagram Fazura 

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 tahun yang lalu

realme C61 Telefon Berkuasa Pada Harga Mampu Milik

2

2 tahun yang lalu

KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Kolaborasi Qalbox, Astro Janjikan Pengalaman Hiburan Berfokuskan Muslim Terbaik di Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Aplikasi Kumpul Data, Kesan Kawasan Panas Gangguan Seksual

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN