web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Fakta Menarik Majlis Perkahwinan Tertutup Hyun Bin, Son Ye-jin

Penyanyi Gummy melantunkan runut bunyi drama ‘Crash Landing on You’, ‘Give You My Heart’ pada majlis itu.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2022 9:23AM

Gambar: Instagram @vast.ent

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pasangan pelakon drama terkenal Korea Selatan, ‘Crash Landing on You’, Hyun Bin dan Son Ye-jin sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup di Seoul, Korea Selatan semalam.

Majlis yang bertempat di Aston Sheraton House, Grand Walkerhill Hotel itu hanya dihadiri oleh 300 tetamu yang merupakan keluarga dan sahabat rapat kedua mempelai. 

Antara bintang ternama yang dilihat hadir ke majlis berkenaan ialah Gong Hyo-jin, Gong Yoo, Ko So-young, Seo Jang-hoon, Park Joong-hoon, Park Sol-mi, Sol Kyung-gu dan Son Ji-chang. 

Berita gembira perkahwinan mereka dikongsikan sendiri oleh pihak agensi dalam sebuah hantaran terbaharu di Instagram rasmi, vast.ent.

Dalam kemas kini tersebut, dapat dilihat masing-masing tampak indah menyarungkan busana perkahwinan serba putih. Son Ye-jin mengenakan gaun yang menampakkan bahagian bahu diserikan sedikit motif di bahagian bawah.

Manakala Hyun Bin segak dengan rambut disikat rapi, masing-masing memegang tangan sambil dilatari bunga-bunga di taman.

Bukan itu sahaja, berikut kami lampirkan lima fakta lain mengenai majlis perkahwinan pasangan dua sejoli ini.

 

Majlis dikawal ketat

Melihat pada gambar oleh media tempatan yang dikongsikan di laman sosial, beberapa petugas keselamatan dilihat sedang berdiri menjaga setiap pintu gerbang ke lokasi majlis perkahwinan. Hanya ada satu laluan dibuka untuk ke majlis mereka.

Tetamu yang hadir hendaklah menunjukkan kad undangan sebelum dibenarkan masuk. Oleh sebab itu, tetamu yang hadir (kebanyakannya selebriti) memang memandu kereta sendiri ke majlis berkenaan dan tidak dibenarkan untuk membawa pengurus masing-masing.

 

Pemilihan pengacara majlis

Majlis gilang-gemilang itu dimeriahkan dengan kehadiran pengacara Park Kyung-lim. Sebenarnya ada sebab kenapa dia dipilih untuk mengemudi majlis perkahwinan itu. Kyung-lim merupakan pengacara yang sama sidang media untuk filem The Negotiation iaitu filem pertama yang menggandingkan Ye-jin dan Hyun Bin pada tahun 2018.

 

Rakan-rakan hadiahkan lagu

Memandangkan sahabat yang hadir ialah rakan selebriti, maka majlis itu diserikan dengan hadiah nyanyian oleh para tetamu. Paling mendapat perhatian ialah penyanyi Gummy yang melantunkan lagu ‘Give You My Heart’ iaitu runut bunyi kepada drama ‘Crash Landing on You’ lakonan mereka berdua. 

Turut membuat persembahan ialah Kim Bum-soo yang menyanyikan lagu ‘Only You’ yang juga merupakan runut bunyi kepada drama lakonan Hyun Bin bertajuk ‘Hyde, Jekyll and I’.

 

Son Ye-jin menangis di hari bahagia

Media Korea juga turut mengatakan Ye-jin sempat menitiskan air mata ketika berjalan di depan altar. Dalam busana serba putih, Ye-jin yang memegang tangan ayahnya ketika diserahkan kepada Hyun Bin dapat dilihat menyeka air mata dengan tangan kanannya. 

 

Tradisi baling bunga 

Seperti tradisi majlis perkahwinan yang lain, pengantin perempuan akan membaling bunga tangan mereka kepada mana-mana gadis dipercayai untuk mendapatkan tuah menjadi pengantin yang seterusnya. Ketika Ye-jin membaling bunga tangannya, ia disambut oleh rakan pelakon Gong Hyo-jin. 

Tahniah kepada pasangan mempelai. Semoga jodoh mereka berkekalan. - Getaran, 1 April 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

3

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN