web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jodoh Lambat Lagi, Wani Kayrie Tumpu Komitmen Terhadap Keluarga 

Buat pertama kalinya, Wani bakal membawakan watak lebih mencabar iaitu sebagai isteri dalam drama bersiri ‘3 Nota Cinta’. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2022 4:53PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun sebelum ini pelbagai spekulasi cinta timbul mengaitkan Wani Kayrie dengan beberapa selebriti lelaki, penyanyi dan pelakon kelahiran Sandakan, Sabah ini masih belum terfikir untuk menamatkan zaman bujangnya. 

Bahkan, pada usia yang masih muda dan bakal menginjak 22 tahun, Wani Kayrie atau nama sebenarnya Syazwni Abdullah mengakui bahawa dia mahu memberikan tumpuan terhadap kerjaya seninya serta membantu keluarga. 

“Saya ada banyak komitmen dan tanggungan terhadap keluarga. Sebagai anak sulung, saya juga perlu membantu adik-adik saya.

“Jadi, buat masa ini, soal jodoh bukanlah keutamaan saya. Kalau sudah tiba masanya, saya akan bagitahu. Tapi, ia lambat lagi,” katanya dalam wawancara secara maya bersama pihak media. 

Baru sahaja memiliki kereta, Wani berkata, dia kini mempunyai sasaran untuk membeli rumah sebagai pelaburan. 

“Maklumlah, kita ini bekerja secara bebas. Nak tampung hidup dengan kerja sebegini, banyak perkara yang saya buat. 

“Untuk memiliki rumah sebagai aset, ia memang memakan masa, tapi saya kena terus berusaha dan bekerja,” katanya lagi. 

Bekas juara program realiti, ‘Kamilah Bintang' di Astro Ceria pada 2010 ini mengakui bahawa dia tidak mahu memikirkan lagi hubungan yang sudah berlalu. 

“Ada yang pernah meninggalkan saya dahulu dan ingin kembali semula. Tapi, seperti yang saya katakan, saya ingin fokus kepada cita-cita dan impian. Saya sudah pun bergerak ke depan. Yang lalu, biarkanlah berlalu pergi,” katanya lagi. 

Wani Kyrie antara pelakon yang menjayakan drama bersiri, '3 Nota Cinta' arahan Emi Suffian yang sudah mula ditayangkan di sot Akasia, TV3 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam sejak 14 Februari lalu. 

Wani bersama Sharifah Rose (kanan) dan Afifah Nasir (kiri) membintangi drama '3 Nota Cinta'.
Wani bersama Sharifah Rose (kanan) dan Afifah Nasir (kiri) membintangi drama '3 Nota Cinta'.

Memperkatakan tentang penglibatannya di dalam drama tersebut, kongsi Wani, buat pertama kalinya dia diberikan peranan sebagai isteri.

“Watak ini sangat berbeza dengan apa yang pernah saya bawakan sebelum ini. Dulu, saya hanya diberikan watak sebagai adik atau kawan kerja yang sentiasa bersikap ceria. 

“Tapi kali ini, mereka menawarkan watak seorang isteri. sehingga saya bertanya sendiri kepada pasukan produksi, betulkah mereka nak berikan watak ini kepada saya kerana saya belum  pernah berkahwin.  

“Untuk merealisasikan watak sebagai isteri yang baik dan ikut kata suami, saya terpaksa menonton drama atau filem sebagai rujukan. Memang agak susah tapi kena belajar daripada situ. 

“Namun, rakan pelakon, penolong pengarah dan pengarah sendiri banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar kerana ada antara mereka sudah berkahwin. 

“Mereka memberikan saya tip bagaimana emosi dan pergerakan suami isteri apabila berlaku pergaduhan. 

“Sebetulnya, galakan dan ajaran itu pun perlu, bukan sekadar rujukan semata-mata. Pengalaman orang sekeliling sangat membantu sebenarnya,” katanya lagi. 

Drama 14 episod terbitan Orangtree dan hasil nukilan skrip Amin Shahib, Ib Nawawi, Adib Zaini, Nana Khalil serta Azril Hamzah ini menggandingan Ashraf Muslim dan Sharifah Rose sebagai teraju utama.

Drama ini turut dibintangi Muaz Fitri, Zila Bakarin, Datuk Jalaluddin Hassan, Aznah Hamid dan Khairil Anwar Ama. 

Ia mengisahkan tentang hubungan Zain dan Alisa yang sentiasa dilanda dugaan. Alisa mencemburui cinta romantis antara datuk dan neneknya tapi dia sukar mendamping lelaki. 

Ibunya sendiri menanam benih benci pada lelaki dalam hatinya. Apabila Zain berusaha memikat hati Alisa dengan nota-nota cintanya, adakah Alisa akan membuka pintu hatinya? - Getaran, 24 Februari 2022

Gambar: Wani Kayrie FB 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN