web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Netizen Kata Jangan Nak Pertahankan Ibu Sangat, Tapi…”

Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin Asia 2014 itu turut mendedahkan dia tidak lagi berhubung dengan bapa kandungnya, Azizi Aziz sejak lima tahun lalu.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2022 8:35AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Ibu saya dikecam satu Malaysia. Kalau bukan saya yang pertahankan dia, siapa lagi?” demikian luahan hati Puteri Balqis Azizi ketika bercakap mengenai komen jahat yang dilemparkan warganet terhadap ibunya baru-baru ini.

Bukan kali pertama pelakon yang mesra disapa sebagai Aqish berhadapan dengan kecaman. Turut sama terkena tempiasnya ialah ibunya sendiri, Norashikin Mohd. Aziz yang dikatakan seorang penagih dadah yang hanya bergantung hidup dengan bakat anak gadisnya itu.

“Bila orang tuduh ibu penagih, itu adalah fitnah yang besar. Tapi saya tak boleh tutup mulut orang. Saya hanya boleh bersikap lantang sahaja.

“Kadang-kadang netizen ada cakap ‘jangan nak pertahankan ibu sangat, menyampah.’ Siapa lagi yang nak pertahankan dia? Saya sahajalah yang dia ada. 

“Saya tak nak lagi jadi seperti diri saya yang dulu. Tidak pertahankan ibu dan itu menjadi satu kesalahan yang besar. Jadi tak kisahlah kalau orang nak kata meluat ke apa, itu ibu saya,” katanya kepada Getaran semasa ditemui di sesi sidang media tayangan perdana filem Rumah baru-baru ini.

Aqish merasakan keadaan fizikal ibunya yang kurus telah membuatkan pelbagai fitnah dan spekulasi tercetus.

“Ibu memang dari dulu orangnya berbadan kurus. Dia mempunyai metabolisme yang tinggi. Jadi tak ada kena-mengena (dengan dia menjadi penagih). 

“Kalau bercakap dengan ibu, dia orangnya sangat indah. Sebab dia seorang yang puitis,” katanya lagi.

Bukan itu sahaja, Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin Asia 2014 itu turut mendedahkan dia tidak lagi berhubung dengan bapa kandungnya iaitu Azizi Aziz sejak lima tahun lalu. 

“Kami dah lama tak berhubung. Keadaan lebih baik jika saya menjauhkan diri. Kini dalam hidup saya cuma ada saya, ibu dan juga pengurus saya. Kasih sayang seorang bapa saya dapat daripada ibu. Bagi saya itu sudah cukup,” dedahnya.

Ditanya adakah pelakon itu bersedia sekiranya bapanya ingin bersatu kembali sebagai sebuah keluarga. Balqis hanya tersenyum. 

“Apa yang dia buat kepada saya sudah sakit. Saya rasa begini lebih baik. Saya jauhkan diri. Sebab sudah tiada lagi keserasian antara kami. Tanpa bapa, saya rasa hidup saya sudah lengkap,” tambahnya lagi.

Tampil memegang watak sebagai Bella, Puteri Balqis bergandingan dengan pelakon popular Erra Fazira dalam filem terbaharu berjudul Rumah. Ia mengisahkan tentang seorang ibu tunggal bernama Maya yang cuba memberikan kesenangan dalam bentuk sebuah rumah untuk anak gadisnya.

Namun, malang tidak berbau apabila rumah yang dibelinya itu mempunyai penunggu. Pelbagai peristiwa seram terjadi di rumah baharu mereka itu. - Getaran, 21 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Mahu Bina Rumah Sendiri? Pastikan Anda Ambil Kira Semua Faktor!

2

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Tewas 0 - 4, Malaysia Jadi 'Mangsa' Netizen India

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ceroboh Rumah MB Selangor: Kertas Siasatan Dirujuk Kepada Pendakwaan Hari Ini

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN